Mesir merupakan negara yang kita sedia maklum, sebuah negara yang penuh dengan ilmu pendidikan. Jika bercakap tentang bidang agama sahaja mesti pelajar-pelajar kita akan jawab Al-azhar adalah universiti yang mereka idamkan untuk melanjutkan pengajian.

Tapi sebelum pergi lebih jauh, anda perlu tahu bidang apa yang Al-Azhar tawarkan selain agama ? Jangan tidak tahu, di Al-azhar juga ada menawarkan bidang sains kesihatan juga. Dimana Al-Azhar menawarkan bidang Perubatan, Pergigian, Farmasi, Pengajian Islam dan Ulum Islamiyah.

Bidang sains ni wajib bagi anda yang mengambil subjek yang berkaitan semasa SPM dan wajib ada subjek bahasa arab kerana pengajian 100% in bahasa arab tau. Ramai yang tidak tahu Al-Azhar hanya ambil pelajar lepasan SPM & STAM sahaja.

Mesti tertanya bagaimana dengan sijil lain seperti Diploma dan lain-lain? Kalau ke Mesir agak sukar. Tapi apa kata buat survey negara lain juga di laman web www.daulahmedic.com.

Macam mana dengan bidang agama pula? Bidang pengajian islam dan ulum islamiyah pun begitu. Hanya untuk lepasan SPM & STAM sahaja. Keputusan STAM wajib mendapatkan keseluruhan pangkat JAYYID. SPM pula bagaimana kan? ok rujuk SINI.

Apa itu Bidang Ulum Islamiah?

Masih ramai yang tidak mengetahui kewujudan fakulti ini kerana mereka lebih biasa mendengar fakulti pengajian islam sahaja.

Fakulti Ulum Islamiah diwujudkan pada tahun 2008 hasil Perjanjian Persefahaman antara Kerajaan Malaysia dan Universiti Al-Azhar. Matlamat penubuhan fakulti ini adalah untuk melahirkan para graduan yang mampu menguasai segala cabang ilmu Islam merangkumi Syariah, Usuluddin, Bahasa Arab, Ekonomi Islam, Perbankan Islam dan sebagainya. Tempoh pengajian adalah selama lima (5) tahun. Pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah wa Al-Arabiah daripada Universiti Al-Azhar.

Sumber : Website Daulah Educonsult

Syarat Kelayakan

Calon pelajar perlulah mendapat sekurang-kurangnya gred “B” bagi setiap mata pelajaran berikut di dalam sijil SPM:-

  • Bahasa Arab
  • Pendidikan Syariah Islamiah
  • Pendidikan Qur’an & Sunnah
  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Matematik

Jika berminat untuk menyambung pengajian ke Al-Azhar, Pihak DAULAH EDUCONSULT boleh membantu anda. Jika anda memerlukan bantuan penerangan lanjut dan konsultasi pendidikan.

Rujukan penuh mengenai tawaran belajar ke luar negara boleh terus ke laman web daulahmedic.com. Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :- Customer service 1 :0189624322 Customer service 2 :0182429322 Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed) Konsultan Pendidikan : 0132853903 (Cik Nabila)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here