Menjelang 2020, zaman semakin maju, kehijauan semakin  berkurangan. Banyak hutan dibersihkan untuk memberi laluan kepada bangunan-bangunan pencakar langit tumbuh bak cendawan selepas hujan.

Namun, sedarkah anda, bumi kita semakin tenat. Sangat tenat. Disebabkan itu, jika anda sayangkan bumi dan mempunyai idea untuk menyelamatkannya. Rancangan anda mungkin dapat menarik perhatian Duke of Cambridge, Putera William.

Lancar “The Earthshot Prize”

Putera William dan isterinya, Kate Middleton bersama dengan personaliti alam sekitar, Sir David Attenborough mempunyai inisiatif untuk menyelamatkan dunia.

Pelancaran “The Earthshot Prize” diumum oleh Sir David melalui video yang di post di laman instagram Wilian dan Kate.

Menurutnya, pelancaran ini adalah atas usaha untuk memulihkan dunia yang mengalami pelbagai keroskan untuk satu dekad ke hadapan.

BACA JUGA :   Jana Pendapatan Hanya Dari Dapur Sendiri - Home Kitchen

Hadiah berpuluh juta Pound Sterling ini ditawarkan kepada lima pemenang setiap tahun untuk tempoh masa 10 tahun bermula tahun 2021.

Hadiah “Earthshot” dilancar secara rasmi pada tahun 2020 iaitu tahun sama dengan penganjuran Convention on Biodiversity yang akan diadakan di China pada Februari depan.

Mungkin ada di kalangan pembaca Deenamik yang bertuah dan dapat menarik perhatian Putera Willianm. Tidak salah untuk mencuba. Bersama-sama kita menyelamatkan bumi yang kian tenat ini.

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendafar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Ijazah Sarjana Muda Dalam Bidang Kejuruteraan Di Poland

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here