Sambung pengajian ke negara di Timur Tengah tanpa perlukan sijil SPM atau STAM? Mungkin ada dikalangan anda yang berminat melanjutkan pengajian ke Mesir namun tiada latar belakang pendidikan yang sesuai?

Jangan risau, Daulah Educonsult akan ubati kesedihan anda. Daulah Educonsult menawarkan bidang pengajian Islam kepada anda yang berminat untuk sambung belajar.

Ikuti Deenamik untuk mengetahui dengan lebih lanjut apakah program yang disediakan untuk mereka yang berminat dalam bidang pengajian Islam ini.

Sesi pendaftaran sudah mulai dibuka bagi sesi 2020.

Madrasah Daulah

Madrasah Daulah adalah sebuah program persediaan untuk para pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Maahd Buuth Al-Azhar. Ia adalah sebuah Sekolah Menengah Islam Antarabangsa Al-Azhar, Mesir sebelum menyambung ke peringkat yang lebih tinggi ke peringkat ijazah.

Di Madrasah Daulah ini, terdapat pelbagai aktiviti dan program yang akan dijalankan sementara menunggu nama naik untuk ujian Imtihan Qabul.

BACA JUGA :   Pengajian Islam Di UIN Ar-Raniry Di Indonesia Bagi Lepasan STAM
PROGRAM TOUR JAULAH ILMIAH DI MESIR

Antara Aktiviti & Program adalah :

  • Tahsinul Quran
  • Tahfizul Quran
  • Talaqqi Dalaman
  • Pengajian Umum
  • Pengajian Bahasa Arab
  • Program Study Tour
  • Talaqqi Kitab Bersama Syeikh

Ujian Imtihan Qabul

Ini merupakan ujian kemasukan sama ada ke Dirosah Khossoh atau ke Maahad Buuth. Dirosah Khossoh merupakan pra menengah manakala Maahad Buuth adalah sekolah menengah. Ujian ini akan menguji tahap penguasaan seseorang pelajar itu.

Pelajar Madrasah Daulah bermain futsal

Syarat Kelayakan 

  • Lelaki atau perempuan
  • Umur dari 18 tahun hingga 21 tahun sahaja
  • Mempunyai keinginan yang tinggi untuk belajar
  • Mampu mematuhi segala peraturan dan aktiviti yang ditetapkan.

Universiti Al-Azhar

Pelajar yang sudah menghabiskan pengajian di Maahad Buuth seterusnya boleh menyambung pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda di Universiti Al-Azhar. Bidang pengajian yang ditawarkan hanyalah Pengajian Islam sahaja.

Ini merupakan salah satu cara jika mahu melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa memerlukan SPM atau STAM.

Jika anda mahukan maklumat dengan lebih lanjut, layari laman web rasmi di https://daulahmedic.com/

BACA JUGA :   Pendaftaran ke Kursk State Medical University Masih Dibuka

Atau boleh sahaja datang terus ke pejabat Daulah Holding di No. 1, 19, Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100 Kuala Lumpur, Selangor

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain. Tambahan, skil penguasaan dalam Bahasa Arab juga dapat dimantapkan.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here