Peluang untuk menuntut ilmu di bumi Anbiya’ mungkin merupakan perkara yang mustahil bagi sesetengah pelajar. Risau dengan keputusan peperiksaan yang kurang memberangsangkan, namun anda masih berpeluang untuk menyambung pengajian ke Mesir.

Daulah Educonsult membuka peluang untuk anda yang berminat menyambung pengajian ke Mesir iaitu ke Universiti Alexandria dalam bidang Sains Kesihatan.

Peluang yang dibuka adalah terhad. Mendaftar dengan segera sebelum terlambat. Kemasukan seterusnya dalah pada bulan September 2020.

Sejarah Ringkas Universiti Alexandria / Iskandariah

Universiti Alexandria yang terletak di Mesir ini dibina pada tahun 1938 sebagai kampus satelit Universiti Fuad (Universiti Kaherah). Pernah dikenali sebagai Universiti Farouk hingga Revolusi Mesir 1952 dan kemudiannya ditukar kepada Universiti Alexandria.

Bidang Yang Ditawarkan 

  • Perubatan
  • Pergigian
  • Farmasi
BACA JUGA :   Tak Tahu Nak Sambung Belajar Dekat Mana? Daulah Educonsult Akan Bantu Anda

Kemudahan Dan Fasiliti

Universiti ini menyediakan dua dewan kuliah bagi penuntut pra-klinikal dan juga dua dewan kuliah bagi penuntut tahun akhir klinikal yang mampu memuatkan seramai 150 pelajar pada satu-satu masa.

Perpustakaan juga sangat selesa dan kondusif dan juga mempunyai bahan rujukan yang banyak. Kelengkapan makmal yang terbaik seperti makmal Anatomi, Histologi, Biokimia dan juga Mikrobiologi pasti memudahkan sesi pembelajaran.

Makmal komputer dan juga dewan konvensyen yang luas turut tersedia bagi kemudahan pelajar.

Syarat Kelayakan

  • TRIAL SPM : Rujuk Konsultan
  • SPM : Sekurang-kurangnya minimum B bagi subjek berkaitan:
    -Sains kesihatan (biologi, fizik, kimia, matematik tambahan, matematik)

Risau dengan pengiktirafan universiti? Universiti Alexandria merupakan antara universiti yang mendapat pengiktirafan dari KPT, JPA, MQA, MMC, MDC & Persatuan Farmasi Malaysia. 

BACA JUGA :   Menarik di Universiti Sumatera Utara

Sesi konsultasi adalah percuma dan anda juga boleh layari laman web rasmi Daulah Educonsult : https://daulahmedic.com/.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here