Malaysia sangat kaya dengan destinasi percutian. Sebut sahaja pantai, pulau, gunung, daratan apa sahaja. Semuanya mempunyai keunikannya yang tersendiri. Namun Malaysia adalah sebuah negara tropika yang mempunyai suhu khatulistiwa. Iaitu hanya akan merasai hujan dan panas sahaja.
Adakah anda mahu ke melancong ke luar negara yang bersuhu sejuk? Namun baru pertama kali dan tidak tahu apa yang perlu dipersiapkan?
Bersama Deenamik akan kongsikan beberapa tips bagi anda yang baru pertama kali ke negara bersuhu sejuk.
Pakai Pakaian Yang Tebal
Kebiasaannya, mereka yang melancong untuk pertama kali ini hanya beranggapan, musim sejuk di luar negara itu tidaklah terlalu sejuk. Suhu sejuk di luar negara bukan seperti suhu sejuk di Cameron Highlands atau Genting Highlands. Kadangkala, suhunya di bawah paras negatif.
Anda juga dinasihatkan untuk membawa sekali sarung tangan, scrarf yang sesuai untuk tutup bahagian leher dan juga snow cap. Untuk baju pula, pakailah banyak lapis baju.
Anda juga harus kaji terlebih dahulu suhu di negara yang anda hendak lawati terlbih dahulu. Kalau terlalu sejuk, anda dinasihatkan cari baju sejuk yang mempunyai thermal base. Harganya memang mahal sedikit, namun mahukah anda menahan kesejukan daripada melabur sedikit untuk keselesaan?
Pastikan Bawa Pelembap
Krim pelembap atau losyen boleh digunakan diseluruh badan termasuk muka. Hal ini demikian kerana suhu yang sejuk mampu membuatkan kulit anda kering dan terhidrasi.
Sebaiknya lakukan sentiasa bila anda berkunjung ke negara bersuhu sejuk bagi mengkalkan kelembapan kulit.
Pek Haba
Penggunaan heat pack ini sangat penting di negara yang bersuhu sejuk. Apabila suhu terlalu sejuk, bdan anda mungkin tidak akan dapat bertahan dan berkemungkinan untuk demam. Sangat tidak seronok jatuh sakit ketika sedang melancong.
Heat pack ini berfungsi menambahkan haba untuk badan anda. Terdapat heat pack yang bersaiz kecik yang mudah dibawa.
Minum Minuman Panas
Mencari makanan yang halal merupakan halangan terbesar ketika melancong ke negara yang majoritinya bukan Islam. Oleh itu, ramai pelancong akan membawa makanan dari Malaysia.
Namun, minuman yang halal sangat mudah didapati. Antaranya seperti hot chocolate, kopi dan sebagainya.
Utamakan Keselamatan Daripada Bergaya
Bergaya tidak salah, namun keselamatan perlu diutamakan. Pemilihan kasut yang sesuai khususnya ketika anda ke kawasan yang bersalji sangat perlu dititikberatkan.
Permukaan yang bersalji sangat licin dan carilah kasut yang sesuai dan juga selesa.
Bekalan Ubatan Yang Mencukupi
Jika anda seseorang yang mengkonsumsi ubatan, bawalah ubatan yang secukupnya. Jika cuaca terlalu sejuk, anda akan diserang dengan sakit tekak. Sediakan lozenges yang secukupnya sebagai persediaan.
Kaji Keadaan Cuaca Terlebih Dahulu
Buat kajian terlebih dahulu sebelum anda melancong ke negara yang hendak dikunjungi. Ramalan cuaca kebiasaannya tepat. Buat rujukan dengan kenalan atau individu yang pernah melancong ke negar yang bersuhu sejuk.
Jika anda mahu melancong ke negara yang bersuhu sejuk, tips di atas sangat berguna bagi beginners. Gunakan sebaiknya sebagai panduan jika membantu.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara
Mendaftar Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)