Negara Indonesia sangat terkenal dengan keindahan alam semulajadinya di mata dunia. Tidak terkecuali dengan kebudayaannya yang unik dan lain daripada yg lain.

Indonesia sememangnya terdiri daripada pelbagai gugusan yang membentuk negara republik tersebut dan wujud pelbagai bangsa dan kebudayaan di Indonesia.

Bersama Deenamik akan kongsikan kepada anda beberapa tempat yang top-rated yang ingin bercuti ke Indonesia.

Keindahan Pantai Di Bali

Bali merupakan destinasi percutian yang amat popular di indonesia. Sangat berbaloi bercuti ke Bali kerana anda akan dihidangkan dengan keindahan pantai yang memutih dan angin sepoi-sepoi bahasa.

Pantai Kuta sangat sesuai dengan anda yang gemar untuk meluncur air. Tambahan terdapat banyak aktiviti dan restoran di sini. Terdapat tarikan yang lain seperti Sanur, Nusa Dua dan banyak lagi.

Borobudur

Kuil purba ini merupakan salah satu mercu tanda Indonesia. Dibina pada abad ke-8 dan berkonsepkan mandala tradisional Buddha.

Kuil ini telah mendapat pengiktirafan dari UNESCO dan telah dianggap sebagai tapak warisan dunia dan merupakan tak Buddha terbesar di dunia.

Borobudur terletak di Yogyakarta yang terkenal dengan persembahan budaya dan kekayaan sejarahnya.

Orang Utan Di Borneo

Orang Utan di Borneo dipelihara dengan baik kerana spesis mereka yang semakin terancam. Taman Negara Tanjung Puting di Kalimantan merupakan pusat habitat yang menjaga populasi orang utan ini agar tetap terpelihara.

Anda juga boleh melawat orang utan di Pusat Orang Utan Bohorok di Bukit Lawang di Sumatera.

Taman Negara Komodo

Taman ini merangkumi lima buah pulau yang dikelilingi dengan kekayaan hasil marinnya. Haiwan komodo adalah tarikan utama disini. Haiwan ini mempunyai sifat yang ganas dan buas.

Pengunjung juga boleh menjalankan aktiviti mendaki, menyelam, berkanu dan juga melawat beberapa kampung yang berhampiran.

Pendaftaran akan dikenakan bayaran yang termasuk bersama dengan pengangkutan, pemandu pelancong dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Tawaran Belajar Di Rusia-Poland-Indonesia

 Sacred Monkey Forest, Ubud

Di sini, anda akan dapat melihat beberapa ekor monyet  ekor panjang yang sering dilihat di Seluruh Asia Tenggara. Di candi ini, anda akan dapat melihat beberapa konsep agama yang digabungkan.

Lokasinya terletak di Padang Tegal, sebuah kampung kecil yang mendapat sentuhan beberapa artis yang menjadikan ianya unik.

Gunung Bromo

Indonesia merupakan negara yang berada di Lingkaran Api Pasifik, dimana  terletaknya jalinan gunung berapai. Indonesia merupakan negara yang mempunyai lambakan gunung berapi yang masih aktif.

Puncak Gunung Bromo dihiasi dengan debu gunung berapi dan gunung ini merupakan sebahagian dari Taman Negara Bromo Tengger Semeru. Taman ini merupakan penempatan kepada suku kaum Tengger yang berasal dari keturunan Majapahit.

Tana Toraja

Lokasi yang terletak di Sulawesi Selatan ini akan membawa anda ke era lama kebudayaan Indonesia. Seni bina Tongkonan, rumah yang berbentuk perahu yang sangat unik.

Masyarakatnya sangat peramah dan sentiasa mengalu-alukan kedantangan pelancong asing. Pelancong boleh melawat kampung-kampung disini dan belajar mengenai budaya unik mereka.

Masyarakat disini juga mempunyai acara pengebumian yang unik dimana mayat akan dikebumikan di dalam kuburan yang dibina di dalam gua.

Danau Toba

Antara keajaiban alam semulajadi di Indonesia, tasik ini merupakan kawah gunung berapi yang terjadi sekitar 77,000 tahun yang lalu dan terhasil dari letusan gunung berapi.

Tasik berukuran 1,145 kilometer persegi dan berjarak 4590 meter itu sangat luas dan menerima kedatangan pengunjung yang tidak pernah putus .

Pelancong boleh berkanu, memancing dan juga berpeluang untuk mengambara di sekitarny dengan berjalan kaki atau berbasikal.

Gunung Krakatau

Letupan yang berlaku pada tahun 1883 merupakan yang terbesar pernah dicatatkan. Letupan tersebut juga mengkibatkan perubahan cuaca di sekitar kepulauan Jawa dan Sumatera.

BACA JUGA :   Konsep taman dalam rumah

Anak Krakatau, merupakan kepulauan yang dibentuk akibat letusan tersebut dan muncul di permukaan dan menjadi sebuah pulau pada tahun 1990.

Pelancong dibenarkan untuk melawat Anak Krakatau namun bperlu sentiasa berhati-hati kerana gunung ini juga masih aktif dan kedangkala meletuskan letusan kecil.

Gunung Rinjani

Gunung ini terletak di Lombok. Taman Negara Rinjani adalah lokasi bagi anda untuk menyaksikan haiwan unik seperti kera ekor panjang, kokang dan juga spesies eksotik yang lain.

Trek disediakan kepada anda yang ingin mendaki dan aktiviti perkhemahan juga turut dijalankan.

Sawah Padi Jatiluwih, Bali

Sawah disini ditanam secara dalam teres dan juga mempunyai sistem pangairan yang unik. Kehijauannya yang sejuk mata memandang adalah kerana tahap kesuburan tanah yang mantap.

Kemahiran para pesawah yang handal juga penyumbang utama kepada kemajuan tanaman padi di Bali.

Berikut merukan beberapa cadangan destinasi sekiranya anda melancong ke Indonesia. Terdapat pelbagai destinasi percutian yang lain di Indonesia. Semoga anda merancang percutian dengan cermat.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia

Mendaftar Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian :-
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here