Kalau namanya negara Eropah, mesti ramai yang terbayang-bayang 4 musim yang menyeronokkan. Tetapi pernahkan anda tertanya adakah ke empat-empat musim tersebut melibatkan kos yang sama untuk pergi melancong?

Nak travel ke Russia, tapi tak pasti bila? Waktu terbaik untuk travel ke Russia tidak lah semudah jawapan seperti ke negara 4 musim yang lain. sebab :

  • Russia merupakan negara paling besar.
  • Bandar paling dekat ke Russia mengambil masa sekurangnya 10 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.
  • Musim sejuk di Russia yang panjang kurang lebih 6 bulan.

Ayuh! kita rungkaikan waktu terbaik untuk travel ke Russia.

Mei Hingga Oktober 

Secara amnya bulan Mei hingga pertengahan Oktober adalah musim terbaik untuk bercuti ke Russia. Sepanjang waktu ini, cuaca di Russia (Moscow & Saint Petersburg) adalah sangat baik. Seperti negara 4 musim yang lain, waktu ini adalah musim bunga, panas dan musim luruh. Pendek kata, musim paling cantik untuk bergambar letak di instagram!

Tempat-tempat seperti Petergof, Catherine Park dan terusan sekitar Saint Petersburg paling terbaik dikunjungi semasa musim panas. Kerana ia akan menyerlahkan lagi seri tempat-tempat ini.

BACA JUGA :   Tonjolkan Penulisan Anda Bersama Deenamik!

Air pancut sekitar bandar yang ditutup sepanjang musim sejuk mula dibuka bermula penghujung April, manakala Pertunjukan air pancut di Petergof secara rasmi dibuka pada penghujung Mei.

Musim Bunga

Musim bunga di Russia sangat pendek. Iaitu antara 2 minggu hingga sebulan bermula awak Mei (bunga tulip). Namun begitu, semasa musim panas , Russia masih dihiasi dengan bunga bunga yang lain sehingga bulan September atau Oktober.

Musim panas = Musim bunga

Sebenarnya ramai yang masih tidak tahu, anda boleh melawat Russia pada musim panas dan akan mendapat cuaca yang sama seperti musim bunga. Baru-baru ini di Saint Petersburg, suhu antara 10-20 darjah sahaja. Sementara di Eropah, beberapa kota raya mencatat suhu tertinggi sejak beberapa dekad.

White Night

Di kemuncak musim panas, bulan Jun, akan ada fenomena White Night di Saint Petersburg. Ketika kemuncak itulah pelancong boleh merasai pengalaman White Night dimana malam yang seakan senja disebabkan matahari yang tidak terbenam sepenuhnya di ufuk.

BACA JUGA :   Tak Tahu Nak Sambung Belajar Dekat Mana? Daulah Educonsult Akan Bantu Anda

Jika bajet anda terhad tetapi ingin bercuti ke Russia , dicadangkan untuk anda pergi pada bulan Ogos Hingga Oktober.

Daulah Educonsult antara pihak pengurusan yang menguruskan kemasukan pelajar-pelajar dalam pelbagai bidang antaranya Perubatan, Pergigian, Farmasi, Veterinar, Kejuruteraan, Pengajian Islam dan lain-lain bidang lagi di pelbagai negara. Pengalaman mengurus pelajar dari tahun 2008 sehingga kini memberikan impak dan banyak pengalaman kepada pihak Daulah. Pengurusan yang sistematik, teratur dan pelajar dianggap seperti keluarga antara kelebihan Daulah Educonsult.

Maklumat lanjut tentang pengjian di luar negara boleh layari www.daulahmedic.com atau boleh terus hubungi konsultan Puan Janna di nombor 0196403977

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk
info pantas atau boleh ke talian :-
Konsultan Pendidikan : 0196403977 (Pn Janna)
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here