Sebelum wujud dan tersebarnya koronavirus, nama Wuhan mungkin tidak pernah diketahui bahkan kewujudannya juga tidak dihiraukan. Namun nama Wuhan mendadak naik selepas disyaki punca penyebaran koronavirus yang menjadi wabak paling berbahaya di dunia.

Apa Yang Ada Di Wuhan

Wuhan terletak di daerah Hubei dan merupakan bandar yang terbesar di China Tengah. Sungai Yangtze dan Sungai Han mengalir ke dalam bandar ini. Jumlah penduduk Wuhan adalah sekitar 10.76 juta penduduk.

Bandar ini sangat terkenal dengan kepakarannya dalam membina jambatan. Tambahan mereka juga mempunyai kepakaran dalam kejuruteraan keretapi berkelajuan tinggi dan juga industri yang berteknologi tinggi.

Wuhan adalah antara wilayah industri atau pengilangan yang terbesar di China selain Guangzhou, Shenzen dan juga Hangzhou. Wuhan antara penyumbang terbesar kepada ekonomi China.

BACA JUGA :   Novel Coronavirus Tiada Vaksin!

Sektor pengilangan utama di Wuhan adalah bidang berteknologi tinggi, kejuruteraan keretapi, optikal, automobil, besi, farmasi dan juga kejuruteraan biologi. Tidak hairanlah Wuhan merupakan bandar ekonomi.

Syarikat Dongfeng yang merupakan pengeluar utama kenderaan jenama Citroen adalah berpusat di Wuhan. Kenderaan ini dipasarkan di pasaran rantau Asia.

Seterusnya, terdapat juga sebuah makmal biologi yang dibina oleh kerajaan China khusus untuk mengkaji pelbagai jenis virus yang berbahaya yang wujud di dunia ini. Makmal ini direka untuk memenuhi standard yang betul.

Menurut catatan, agama Islam sudah mula bertapak di Wuhan sejak abd ke 16 lagi. Masjid pertam yang dibina adalah Masjid Chengwai yang mempu memuatkan hampir 500 jemaah dalam satu-satu masa.

BACA JUGA :   COVID-19 : Kes Pertama Di Asia Barat

Begitulah sedikit sebanyak mengenai Wuhan yang kini terkenal akibat koronavirus yang menggegarkan dunia.

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here