Medan terletak di Sumatera Utara yang kaya dengan kebudayaannya. Kota Medan menyaksikan ribuan pedagang yang datang dari pelbagai negara yang melakukan perdagangan kain, rempas ratus dan juga tembikar. Kebanyakannya datang dari China, Timur Tengah, Malaysia, Singapura dan juga benua Eropah. Kepelbagaian negara turut membawa sekali kebudayaan negara dan agama mereka ke kota Medan.
Kota Medan ini mempunyai banyak bangunan tinggalan sejarah yang mempunyai nilai estetikanya tersendiri. Deenamik ingin berkongsi beberapa bangunan yang sesuai untuk ber’ootd’ dan instagrammable.
The Maimoon Palace
Dibina oleh Sultan Ma’mun Al Rashid Perkasa Alamsyah pada tahun 1887 hingga 1891. Namun hanya sebuah ruangan yang buka kepada orang awam iaitu ruangan singgahsana. Seni binanya dalah hasil campuran dari Melayu, Islam dan juga Moghal. Rekaan dalaman istana ini pula berkonsepkan Sepanyol-Itali. Abadikan gambar anda dengan mengenakan busana tradisional Melayu Deli atau bergaya di atas singgahsana Sultan dan Ratunya. Koleksi diraja seperti barang kemas, antik dan juga hadiah yang diberikan oleh negara lain turut dipamerkan disini.
Alamat : Jalan Brigjen Katamso, Medan
Masjid Besar Al-Mashun
Masjid ini dibina pada tahun 1906 hingga 1909 ketika pemerintahan Sultan Ma’mun Al Rashid Perkasa Alam dari Kesultanan Deli. Dikelilingi oleh taman yang luas dan indah hasil garapan gabungan Timur Tengah, Moghal dan juga Sepanyol. Masjid ini dibina dengan bentuk oktagon dan mempunyai 4 menara iaitu di barat, timur, utara dan juga selatan. Pembinaan adalah atas arahan Sultan sendiri iaitu masjid ini perlu lebih besar dari istananya.
Alamat : Medan 20218, Indonesia
Tjong A Fie Mansion
Anda akan merasa seperti kembali ke zaman silam apabila melawati rumah ini. Hal ini kerana setiap perabot dan perhiasan disusun dengan kemas dan rumah ini masih dihuni oleh tuan rumah. Rumah ini mempunyai rekaan gabungan Cina dan Melayu. Rumah ini adalah milik sepenuhnya oleh pedagang dari China yang mempunyai ukiran dinding yang indah, barangan antik dan juga perhiasan. Pembinaan rumah ini didedikasikan kepada isteri pedagang tersebut.
Alamat : Jalan A. Yani 105, Medan 20111
Graha Maria Annai Velangkanni
Ianya dibina pada tahun 2001 hingga 2005 bagi memperingati Mother Mary. Anda mungkin tersilap dengan menyangkakan ianya adalah bangunan sebuah kuil disebabkan senibinanya. Tidak, ianya adalah bangunan sebuah gereja katolik.
Alamat : Jalan Sakura III no. 10 Tanjung Selamat, Medan, Indonesia
Kuil Sri Mariamman
Kuil ini dibia pada tahun 1884 oleh seorang pemuda Tamil bernama Gurdhuara Sahib dan Sami Rangga Naiher. Terletak di Kampung Madras, ianya merupakan kuil tertua di Medan. Kuil ini dibina dan didedikasikan untuk Tuhan Hindu iaitu Ganesha dan Murugan. Seni binanya mendapat ilham dari Selatan India dan juga Sri Lanka. Tokong ini ditutup pada hari Sabtu.
Alamat : Jalan Teuku Umar no. 18, Medan 20112, Indonesia.
Maha Vihara Maitreya
Merupakan tokong Buddha terbesar di Medan, ianya dibina pada tahun 1991 dan seluas 5 hektar. Terdapat sebuah patung yang besar di sekitar tokong ini, namun ada beberapa kawasan yang dilarang untuk mengambil gambar. Tokong ini turut menyediakan taman permainan untuk kanak-kanak dan juga kedai cenderamata. Di sekitar kawasan tokong ini, anda akan menjumpai variasi makanan yang sedap dan terdapat juga makanan yang halal.
Alamat : Jalan Cenara Boulevard Utara no. 8, Kompleks Cemara Asri, Desa Sampali Percut Sei Tan, Medan.
Berikut adalah beberapa lokasi yang sesuai untuk ber’ootd’ ketika percutian anda. Rancang perjalanan anda agar segalanya lancar dan juga masa dapat diluangkan dengan sebaik-baiknya. Selamat bercuti ke Sumatera Utara!
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)