Moscow, Rusia memang terkenal dengan Stesen Metro. Metro ini adalah sejenis keretapi yang pantas dan sering menjadi pengangkutan awam utama oleh masyarakat Rusia. Setiap hari, hampir beribu masyarakatnya yang menggunakan Metro.
Stesen Metro yang sangat cantik dan unik merupakan antara destinasi percutian yang sangat popular dalam kalangan pelancong. Gambar yang diabadikan bukan sahaja ‘instagrammable’, malahan anda akan kagum dengan kesesakan dan kesibukan stesen metro ini.
Ayuh bersama Deenamik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai hal yang tidak sepatutnya anda lakukan sepanjang berada di stesen Metro.
#Melompat Ke Atas Pintu Masuk
Untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan Metro ini, anda perlu terlebih dahulu melepasi pintu masuk dan perlu scan untuk mendapatkan tiket. Namun jika anda tiada duit tunai, anda boleh melakukan pembayaran menerusi Apple atau Samsung Pay atau dengan menggunakan kredit kad. Namun jika anda berkeras untuk melompat juga. Awas! petugas keselamatan sedang menunggu anda tidak jauh dari pintu masuk itu.
#Berdiri Di sebelah Kiri Eskalator
Setiap masyarakat Moscow peka dengan keadaan ini, iaitu berdiri di sebelah kanan dan berjalan di sebelah kiri. Percaya atau tidak, terdapat ramai yang menggunakan pengangkutan dan kebanyakan dari mereka sememangnya mengejar masa.
#Membawa Bagpack Yang Besar
Disebabkan ramai yang menggunakan pengangkutan awam ini, Deenamik sarankan, anda bawalah beg yang bersaiz kecil. Mungkin dengan beg yang besar akan memberi ketidakselesaan terhadap anda dan orang lain. Mungkin anda akan kepenatan mengendong beg tersebut sambil berdiri disebabkan kekurangan tempat duduk.
#Ambil Dua Seat Sekaligus
Sikap tolak ansur sangat diperlukan ketika menaiki pengangkutan awam. Hal ini kerana anda berkongsi kenderaan yang sama dengan pelbagai lapisan masyarakat. Mungkin ada yang lebih memerlukan tempat duduk tersebut seperti warga emas dan ibu mengandung.
#Lambat Membuat Keputusan
Bayangkan, anda berada di tengah-tengah ribuan manusia di stesen Metro. Anda bingung untuk menaiki train yang mana satu. Anda mungkin boleh mengkaji terlebih dahulu mahu kemana dan stesen mana yang perlu dilalui. Hal ini dapat menggalakkan anda sesat dan seterusnya dapat menjimatkan masa anda untuk berkunjung ke tempat lain.
#Memasang Lagu Dengan Kuat
Pemakaian earphone ketika mendengar lagu atau menonton filem di telefon adalah perlu kerana bukan anda berseorangan yang menggunakan Metro itu. Mungkin mereka tidak mahu mendengar sekali lagu pilihan anda. Oleh itu, pemakaian earphone atau headphone adalah perlu.
#Melompat Ke Pintu Metro
Mungkin anda tidak percaya, namun perkara ini sering kali berlaku. Perbuatan ini adalah sangat tidak selamat dan membahayakan nyawa anda. Oleh itu, anda perlu menyusun jadual dan masa dengan betul. Jika anda ketinggalan, jangan risau. Metro seterusnya kan menyusul dalam masa 90 saat.
Berikut merupakan antara hal yang anda dilarang sama sekali jika berpeluang menaiki Metro. Oleh itu, rancanglah perjalanan anda dengan teliti.
Berimpian Melanjutkan Pengajian Ke Rusia
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)