Gedung Sate yang terdapat di Bandung adalah sebuah pejabat yang digunakan Jawa Barat. Namun sebahagiannya dijadikan sebagai muzium dan dibuka kepada awam. Muzium ini terletak di tingkat paling bawah dan mempunyai sehingga 5 tingkat.
Tingkat 1
Anda akan dapat melihat koleksi batu dan alatan yang digunakan untuk membina Gedung Sate ini. Tiket masuk hanyalah Rp.5000 sahaja. Tambahan turut disedikan susut interaktif seperti media interaktif, visual Pembangunan Gedung Sate dan miniatur Gedung Sate.
Anda juga boleh bermain Augmented Reality (AR) iaitu sebuah animasi yang membolehkan anda bergaul secara langsung dengan orang Belanda dan para pekerja Gedung Sate secara animasi. Di sebelahnya, terdapat Virtual Reality iaitu simulasi melihat Gedung Sate dari belon panas.
Tingkat 2 Dan 3
Di sinilah terletaknya pejabat pentadbiran yang masih digunakan sehingga ke hari ini oleh pemerintahan Jawa Barat. Selain itu, kedua-dua tingkat ini terdapat bilik mesyuarat yang masih aktif digunakan.
Tingkat 4
Tingkat 4 kosong dan masih belum terdapat sebarang aktiviti yang dilakukan disana. Namun, dulunya kawasan muzium adalah di tingkat 4 sebelum dipindahkan ke tingkat 1 pada tahun 2017.
Tingkat 5
Terdapat sebuah ‘menara’ di tingkat ini yang merupakan tingkat paling atas. Di tingkat ini, anda dapat menyaksikan kota Bandung secara luas. Untuk ke tingkat ini, anda perlu melalui elevator hingga ke tingkat 4 dan kemudian tangga untuk ke tingkat 5. Namun untuk ke tingkat ini perlu mendapat keizinan dari pegawai yang berada disitu. Bayaran lebih tidak akan dikenakan. Namun anda perlu mengemukan surat terlebih dahulu jika datang secara rombongan ke tingkat ini.
Di sekitar Gedung Sate terdapat banyak gerai makanan. Kebanyakannya halal dan enak serta sangat murah. Antaranya Seblak, Cilok dan Cireng. Anda juga boleh beriadah di Lapangan Gasibu yang dilengkapi dengan trek yang sesuai untuk berjoging.
Jika anda berpeluang ke Bandung, jangan lupa singgah ke Gedung Sate dan rasai sendiri pengalaman warga Bandung.
Berminat melanjutkan pengajian ke Indonesia? Mendaftar segera bersama Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.