Seperti yang diketahui ramai, bawang putih sebenarnya mampu menyembuhkan sesetengah penyakit. Bawang putih yang menyimpan banyak khasiat ini tidak ramai yang mengetahuinya. Selain dari membuang angin, banyak lagi manfaat yang diperolehi daripada bawang putih ini.
Menurunkan Paras Gula
Gula dalam darah yang tinggi adalah merupakan diabetes. Bawang putih sebenarnya dapat membantu mengurangkan atau menurunkan paras gula dalam darah. Caranya ialah mengambil bawang putih dan makan semasa perut masih kosong.
Melancarkan Sistem Peredaran Darah
Seterusnya, bawang putih boleh membantu menurunkan tekanan darah tinggi dan membaiki sistem peredaran darah. Cara-caranya adalah mencincang seulas bawang putih dan campurkan dengan sedikit air panas. Kacau dan campurkan dengan air sejuk yang sedia untuk diminum. Selain dari itu, cara ini juga boleh melegakan sakit tekak dan meredakan selsema.
Merawat Masalah Jerawat
Selain dari khasiat yang dinyatakan di atas, bawang putih membantu untuk mengatasi masalah jerawat pada wajah anda. Hanya dengan merendam bawang putih untuk beberapa minit, kemudian, oleskan ke wajah anda. Jika anda terus oleskan ke wajah, kemungkinan akan menyebabkan kepedihan berlaku. Bagi mendapatkan hasil yang terbaik, biarkan semalaman.
Rambut Lebat
Untuk mendapatkan rambut yang lebat, bawang putih dapat membantu anda mendapatkan rambut yang lebat dan sihat. Letakkan bawang putih di kepala anda sehingga menyentuh kulit kepala dan urut secara perlahan-lahan. Urutan ini juga membantu anda melegakan sakit kepala dan membantu melancarkan peredaran darah.
Membantu Mencegah Demam
Demam adalah sesuatu tidak disukai ramai kerana pasti akan mengalami lesu, badan sakit dan sebagainya yang membantutkan aktiviti seharian. Oleh itu, kita hendaklah mencegah diri daripada terkena demam. Bawang putih kaya dengan anti-oksidan dan caranya ialah dengan memperbanyakkan dalam masakan atau makan begitu sahaja.
Anda merupakan lepasan SPM / IGCSE / O & A Level / IB / STPM / Matriks / Asasi / STAM / Diploma @ Setaraf? Tetapi tidak tahu nak pilih bidang apa dan universiti mana? Daulah Educonsult akan membantu anda!
Daulah Educonsult merupakan platform yang akan membantu anda menyambung pengajian tanpa mengambil kira latarbelakang pendidikan. Misi utama Daulah Educonsult adalah untuk merealisasikan impian setiap pelajar yang ingin berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai bidang ditawarkan di Daulah Educonsult termasuk pelbagai negara antaranya ialah Poland, Mesir, Bangladesh dan banyak lagi.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)