Masih ingatkah anda dengan filem Death Note? Buku nota yang mampu mengambil nyawa sesiapa sahaja yang namanya tercatat di dalamnya. Siri manga karya Tsugumi Ohba dan Takeshi Obata ini pernah popular dan menjadi fenomena pada tahun 2006.

Sepanjang tahun 2006 hingga 2017, siri mangga ini mempunyai 6 versi adaptasi hanya untuk siri ini. Kisah Light yang menerima buku nota kematian  dari malaikat bernama Ryuk membuat siri ini tidak pernah membosankan.

Ryu dan L

Selepas genap 14 tahun, peminat bakal dikejutkan dengan pengumuman untuk sir terbaru Death Note selepas cerita asal berakhir. Siri terbaru ini mengambil latar masa 10 tahun selaps kejatuhan Light sebagai pemegang buku kematian tersebut. Ryuk kembali mencari pemegang baru untuk buku kematiannya iaitu Minoru Tanaka, seorang pelajar genius.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Tawar Pengajian Bidang Perubatan

Ryuk seterusnya membuat keputusan untuk memberikan Minoru senjata tersebut selepas menukarkannya dengan buah epal. Namun disebabkan beberapa insiden dan kontroversi yang berlaku, Minoru gagal menyembunyikan buku tersebut. Dia akhirnya membuat keputusan untuk menjual buku keramat itu.

Versi kali ini menampilkan ahli-ahli politik terkenal seperti Donald Trump yang mempunyai sebanyak 87 muka surat yang sarat dengan plot twist.

Bagi peminat Death Note, anda boleh membaca sir terbaru ini di laman rasm penerbit buku ini iaitu Shueisha.

Disebabkan kejayaan siri Death Note, Netflix pernah menghasilkan filem hasil adaptasi siri ini dengan versi Barat. Anda akan dapat mengenali dengan lebih dekat siapakah L, Light Yagami dan juga Ryuk melalui filem-filem adaptasi.

BACA JUGA :   Lanjutkan Pengajian di Universiti Pertanian Bangladesh

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here