Image processed by CodeCarvings Piczard ### FREE Community Edition ### on 2017-07-10 19:26:16Z | http://piczard.com | http://codecarvings.com

Negara Mesir terkenal sebagai sebuah negara Islam yang kaya dengan sejarah dan kebudayaannya. Cukup terkenal dengan padang pasir yang luas, binaan piramid yang menakjubkan, Mesir juga mempunyai binaan masjid yang cukup indah. Binaannya kaya dengan sentuhan islamik yang memukau.

Masjid yang tertua di Mesir adalah Masjid Amr bin Ash. Namun, Deenamik ingin berkongsi kepada anda Masid Al-Sabaha yang bukan sahaja berfungsi sebagai tempat ibadah, namun juga sebagai destinasi pelancongan.

Masid Al-Sabaha

Masjid ini terletak di kawasan pasar lama Sharm El- Sheikh. Binaannya yang seakan-akan istana dengan seni bina Uthmaniyyah kelihatan elegan dan sangat memuklau mata yang memandang.

Fakta Menarik : 

? Pembinaan Tertangguh 

Batu asas masjid ini sudah tersedia sejak Januari 2011 nmun terpaksa ditngguhkan pembinaannya disebabkan oleh berlakunya Revolusi Mesir pada tahun yang sama. Revolusi Mesir adalah siri tunuk perasaaan dan bantahan secara besar-besaran yang dilakukan terhadap Presiden negara tersebut. Pada bulan April, pembinaannya berjaya disambung kembali.

?Dilengkapi Dengan 2 Imam

Masjid ini dirasmikan pada 24 Mac oleh Mufti Besar iaitu Shawky Allam dan Gabenor Sinai Selatan. Khidmat 2 orang imam yang fasih berbahasa Ingegris dan juga Perancis.

BACA JUGA :   Pengangkutan Awam Di Mesir

? Direka Secara Percuma

Reka bentuk masjid ini mendapat olahan dari seorang arkitek Mesir yang terkenal iaitu Fouad Tawfik Hafez. Istimewanya, arikitek ini tidak mengenakan sebarang bayaran iaitu dilakukan secara percuma sahaja.

?Tapak Masjid Dari Kesan Pendudukan Israel

Masjid ini dibina di atas tapak hasil runtuhan yang wujud dari zaman pendudukan Israel. Masjid ini juga dibina di atas tapak seluas 3,000 mter persegi dengan menara setinggi 76 meter. Ketinggian bumbung pula adalah 36 meter dan mampu menampung jemaha sekitar 3,000 jemaah pada satu-satu masa.

?Jumlah Keseluruhan Pembinaan 

Jumlah keseluruhan untuk membina masjid ini adlaah kira-kira 30 juta Pound Mesir iaitu RM8 juta. Sebanyak 10 juta Pound adalah hasil sumbangan orang ramai. 10 juta Poubnd lagi adlah hasil daripada pemerintahan bekas Perdana Menteri Mesir iaitu Ibrahim Mehleb manakala baki 10 juta Pound dibiayai oleh badan kejuruteraan angkatan tentera Mesir.

?MultiFungsi

Selain fungsi utama sebagai tempat menunaikan ibadah, Masjid Al-Sabaha ini juga mempunyai fungsi yang lain. Antara seperti pusat kebudayaan global dan juga perpustakaan agama yang dilengkapi dengan pelbagai bahasa.

BACA JUGA :   Pengangkutan Awam Di Mesir

Dengan fungsi masjid yang mampu menarik kehadiran pelancong luar khususnya yang bukan beragama Islam, ianya dilihat sebagai salah satu cara untuk menunjukkan bahawa indahnya Islam itu sendiri.

Berminat untuk mendalami lagi tentang kebudayaan Mesir, Daulah Educonsult ada menyediakan peluang sambung belajar ke negera Timur Tengah ini.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here