Lipas adalah sejenis serangga yang sememangnya dibenci ramai kerana ianya cepat membiak dan boleh ada dimana-mana sahaja termasuk dalam kereta.
Pelbagai cara digunakan bagi menghalau lipas ini agar tidak membiak dirumah, dalam kereta dan sebagainya. Tetapi ada cara yang sememangnya berkesan dan ada juga sebaliknya.
Beberapa tips akan dikongsikan disini dan keberkesanannya tidak dijamin. Mencuba adalah sesuatu yang bagus untuk menguji keberkesanannya.
Racun Lipas
Jika racun lipas yang kebiasaannya dijual di pasar malam atau kedai dan diletakkan begitu sahaja sememangnya tidak berkesan. Racun lipas hendaklah dicampurkan dengan sedikit gula dan letakkan didalam bekas kecil kemudian letakkan di laluan lipas berjalan. Jika di dalam kereta, letakkan di tempat yang tidak mudah tumpah atau terbalik seperti lantai kereta.
Daun Pandan
Daun pandan yang sifatnya wangi dan dibenci lipas. Justeru itu, letakkan daun pandan di dalam kereta, almari atau di mana sahaja tempat yang ada lipas. Disamping itu, daun pandan juga dijadikan sebagai pewangi semulajadi kereta dan almari. Daun pandan ini boleh juga dijadikan seperti bunga rampai iaitu di racik sehingga halus kemudian masukkan dalam sarung atau kantung kecil yang boleh menyebarkan bau. Jangan pula anda masukkan dalam beg atau kantung kecil yang tidak boleh mengeluarkan bau.
Serai Wangi
Semburan serai wangi adalah salah satu cara untuk menghalau lipas iaitu dengan menyemburnya di tempat yang ada lipas. Caranya mudah sahaja, iaitu dengan didihkan air dan serai wangi kemudian masukkan dalam botol penyembur dan sembur. Jika anda ingin yang segera, anda boleh beli semburan serai wangi ini di kedai.
Selain daripada petua di atas, kebersihan juga harus dijaga bagi mengelakkan lipas membiak. Lipas amat sukakan makanan yang jatuh dicelah-celah dan tempat yang tidak bersih.
Ingin sambung belajar? Tidak tahu bidang apa dan universiti mana yang sesuai? Daulah Educonsult akan bantu anda!
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)