Istana Johor dalam kenyataan telah mengumumkan akan wujud sebuah gabungan baru yang akan mengambil alih kerajaan negeri. Hal ini kerana Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor yang mengambil alih pentadbiran negeri dari UMNO-BN sejak PRU 14 telah musnah dek kemelut politik yang sedang melanda Malaysia. Difahamkan pertemuan itu diadakan di Bukit Timbalan.
Menurut kenyataan dari Istana Johor, langkah tersebut diambil selepas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menemu bual 54 dari 56 Adun Johor dan juga menandatangani akuan bersumpah untuk pengesahan pendirian.
Adun yang tidak hadir adalah dari Adun Jeram dari Amanah iaitu Salahuddin Ayub dan Mazlan Bujang iaitu Pegerusi Bersatu Johor. Menurutnya, meskipun Bersatu telah keluar dari HARAPAN, ianya tidak bermakna partinya menyokong BN.
Pandangan itu sama dengan Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir bahawa Bersatu tidak akan bekerjasama dengan UMNO secara en bloc.
ARMADA pimpinan Syed Saddiq juga berpegang teguh untuk tidak sesekali menjalinkan hubungan kerjasama dengan UMNO.
Sultan Ibrahim berpuas hati dengan gabungan baru ini apabila memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baru. Sebanyak 28 Adun dari 26 Adun bersetuju untuk menyertai gabungan baru itu.