Kaherah adalah ibu negara dan juga bandar terbesar di Mesir. Suasana dan keadaan di Kaherah agak padat dengan populasi penduduk lebih 19 juta penduduk namun bandar ini masih mengekalkan keindahannya. Mesir bukan hanya terkenal dengan Piramid Giza. Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar bandar yang bersejarah ini.

University of Cairo

Universiti Al-Azhar yang tersohor terletak di bandar ini. Universiti ini merupakan universiti yang tertua di Mesir. Daulah Educonsult membuka peluang kepada anda yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang Pengajian Islam di universiti ini. Universiti Kaherah juga terdapat disini.

Cuci mata sekitar Khan el-Khalili yang menjual pelbagai barangan antik dan permata sebenar. Pasar ini terkenal dengan pelbagai jenis barangan kulit yang unik dan cantik. Terdapat pelbagai kafe terkenal di sekitar pasar ini seperti El Fishawy. Kafe ini berusia hampir 250 tahun ?

BACA JUGA :   Baca 5 Sebab Anda Perlu Sambung Belajar Dalam Bidang Perubatan Di KSMU, Rusia
Kafe El Fishawy

Bandar ini menerima jolokan ‘bandar seribu menara‘ kerana terdapat banyak binaan masjid dan bangunan yang bercirikan Islam yang kebanyakannya mempunyai menara. Antara seperti Masjid Al-Azhar, Masjid Saidina Hussien dan juga Masjid Amru Al-Ash.

Masjid Saidina Hussien

Anda pasti mengenali Sultan Salahuddin Al-Ayubi. Kubu tersebut berada di Kaherah. Pembinaannya bermula pada tahun 572 Hijrah bersamaan 1176 Masihi. Kubu ini selesai pembinaannya pada zaman pemerintahan Malik Al- Kamil pada 1207 Masihi. Walaupun fungsi awalnya adalah untuk mempertahankan Kaherah, namun ianya turut berfungsi sebagai tempat untuk menabalkan raja-raja Mesir.

Kubu Sultan Salahuddin Al-Ayubi

Selain dari menawarkan bidang Pengajian Islam, Daulah Educonsult turut menawarkan bidang perubatan, farmasi dan juga pergigian. Kursus Bahasa Arab jangka pendek turut ditawarkan dan bagi anda yang mahu melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar tanpa perlu STAM dan SPM, boleh mendftar untuk ke Madrasah Daulah.

BACA JUGA :   Pendaftaran Kemasukan Ke Pra-Perubatan Di Kursk State Medical University, Rusia Sesi Jun/Julai Sudah Dibuka!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here