Bangladesh bukan sahaja menjadi destinasi melanjutkan pengajian buat para pelajar, tetapi ianya juga menjadi destinasi pelancongan dunia.

Apabila nama negara ini terlintas difikiran, pasti kita akan mengingatkan negaranya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi serta makanannya yang kaya dengan rempah ratus seperti makanan arab.

Malah, setiap negara mempunyai hidangan istimewanya yang tersendiri atau makanan yang melambangkan negara itu.

Di Bangladesh ini terkenal dengan beberapa menu, iaitu:

Malpua

Sejenis pencuci mulut dan rupanya seperti penkek. Ia merupakan pencuci mulut yang manis dan sering ditemui pada perayaan aidilfitri oleh masyarakat muslim di Banglaldesh. Malpula ini mengandungi kandungan gula yang tinggi, buat mereka yanag gemarkan manis pasti jatuh cinta dengan makanan ini. Tetapi disebalik kemanisan, pastikan anda jangan lupa penyakit yang akan menimpa kita.

BACA JUGA :   Medical University Of Warsaw Merupakan Universiti Yang Paling Berprestij
Begun Bhorta

Terung yang menjadi asas kepada makanan Bangladesh ini yang dinamakan Begun Bhorta. Pencinta sayur-sayuran pasti gemarkan makanan ini kerana asasnya ialah sayuran. Terung yang dicampurkan dengan pelbagai herba seperti ketumbar, bahan tammbahan lain seperti bawang merah, bahan perasa seperti garam dan sebagainya. Begun Bhorta ini sesuai dimakan dengan nasi putih, roti dan sebagainya. Menurut masyarakat Bangladesh, Begun Bhorta ini adalah makanan yang sihat dan kaya dengan khasiat.

Machher Jhol

Machher Jhol adalah sejenis lauk iaitu sup ikan yang dimasak dengan kaya herba. Antara bahan-bahan yang digunakan dalam masakan ini ialah kentang, tomato, kunyit, bawang merah dan putih, cili dan banyak lagi. Machher Jhol ini kebiasannya dimakan bersama nasi putih dan rasanya pedas. Ianya dikenali sebagai makanan tradisional yang kaya dengan warna serta citarasa yang enak.

BACA JUGA :   Nak masuk universiti terkemuka di Mesir ?

Anda lepasan SPM / IGCSE / O & A Level / IB / STPM / Matriks / Asasi / STAM / Diploma @ Setaraf tetapi belum memilih universiti untuk sambung belajar? Daulah Educonsult akan bantu anda!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here