Sebut sahaja Riau pasti ramai terbayangkan Indonesia dan bahasanya. Riau yang terletak di Indonesia atau dikenali sebagai Kepulauan Riau. Disini terkenal dengan alam semulajadi yang cantik dan salah satu destinasi pelancongan.
Antara sumber semulajadi yang terkenal disini ialah Air Terjun Lubuk Bigau. Air terjun ini adalah antara air terjun yang tercantik dan terindah di Indonesia. Ketinggian yang mencecah 150 meter ini terletak di sebuah perkampungan iaitu di Desa Lubuk Bigau, Riau
Ketenangannya dapat dirasai bagi pencinta alam kerana lengkap dengan flora dan fauna yang cantik dan sejuk mata memandang. Kepenatan perjalanan menerokai Air Terjun Lubuk Bigau ini pasti terbayar dengan keindahan alam semulajadi yang menjadikan sesiapa sahaja melihat pasti akan terpegun.
Pelancong yang ingin berkunjung ke Air Terjun Lubuk Bigau ini perlu melalui Pekanbaru iaitu melalui Desa Lipat Kain kira-kira dua jam. Seterusnya ke Desa Lubuk Bigau dan akan dibawa oleh penduduk setempat ke destinasi seterusnya.
Perjalanan diteruskan lagi dengan berjalan kaki lebih kurang tiga jam sebelum sampai ke Air Terjun Lubuk Bigau ini. Mereka yang mengambil langkah untuk berjalan kaki pasti dapat melihat dan menikmati alam semulajadi secara dekat.
Jika anda belajar di Indonesia, pastikan anda berkunjung ke sini dan menikmati alam semulajadi!
Melanjutkan pengajian dengan mudah ke Indonesia dalam pelbagai bidang antaranya ialah pergigian, perubatan, farmasi, veterinar, pengajian islam dan banyak lagi. Daulah Educonsult sebuah agensi yang akan membantu anda dalam mengecapi impian anda untuk belajar di luar negara.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)