Turi Beach Resort Batam

Pernahkah anda mendengar nama Batam? Batam dikenali kerana dialek pertuturannya, makanannya dan budaya yang hampir sama dengan masyarakat Malaysia. Batam turut dikenali dengan hot spot untuk bermain golf seperti Palm Spring, Batam Hill, South Link, Indah Puri dan Sukajadi.

Lokasi Batam 

Batam terletak di Kepulauan Riau Barat yang berhampiran dengan Singapura dan Malaysia. Anda boleh mengambil penerbangan terus dari Lapangan Terbang Subang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Hang Nadim, Batam. Perjalanan mengambil masa kira-kira satu jam sahaja.

Nagoya Hill

Persekitaran Batam adalah sangat bersih dah mendamaikan berbanding dengan bandar-bandar lain di Indonesia. Batam mendapat jolokan syurga beli-belah. Pelancong Malaysia pastinya suka berbelanja di Batam kerana rakyatnya mampu bertutur dalam bahasa Melayu. Mudahlah bagi anda yang mahu lakukan urusan tawar-menawar ketika membeli belah.

BACA JUGA :   Belajar Bidang Gerontologi di Rusia

Disebabkan statusnya yang bebas cukai, hujung minggu di Batam akan sesak dengan kedatangan pelancong luar.

Antara Lokasi Beli Belah :

  • Nagoya Hill
  • Batam City Square
  • Batam Centre
  • Mega Mall
  • Diamond City Mall
  • Avava

Jika anda berpeluang pergi ke Batam, jangan lupa untuk mencuba makanan khas Batam iaitu Siput Gongong dan Ikan Bandeng. Terdapat banyak restoran di Batam yang menyediakan hidangan ini.

Jika di Malaysia telur penyu diharamkan, namun di Batam, anda akan dapati banyak kedai yang menjual telur penyu ini secara terbuka. Terpulang kepada anda jika mahu mencubanya.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Indonesia

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Lokasi Wajib Dikunjungi Peminat Harry Potter Di Seluruh Dunia

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here