Kucing adalah salah satu haiwan yang digemari dan disayangi ramai pada masa kini kerana sifatnya yang manja. Malah, kucing juga merupakan haiwan kesayangan Nabi Muhammad.

Buat pencinta kucing pasti anda sudah tahu tentang sedikit sebanyak sifat-sifatnya yang manja dan memberi maksud tersendiri. Antara fakta menarik tentang kucing ialah:

Belaian

Kucing amat gemarkan belaian yang diberikan oleh tuannya. Ia gemar dibelai dan diusap di kepala, bawah dagu dan pipi. Jika kucing datang kepada kita minta diusap dan dibelai, pastinya kucing itu menghulurkan kepalanya terlebih dahulu. Tetapi, kucing tidak sukakan jika ekornya disentuh dan ditarik. Jika ada yang berbuat sedemikian, pasti kucing itu akan marah dan mengiggit.

 

Memakan Rumput

Memberi atau membenarkan kucing anda memakan rumput sebenarnya adalah bagus untuk pencernaan. Rumput adalah salah satu cara untuk membersihkan sistem dalamannya iaitu perut. Kucing akan memuntahkan air liurnya setelah selesai memakan rumput.

BACA JUGA :   Persediaan yang Perlu Dilakukan Sebelum Belajar ke Luar Negara
Mendengar Namanya Dipanggil

Kucing sebenarnya tahu nama mereka dan dengar apabila nama mereka dipanggil. Tetapi, sebenarnya mereka sengaja tidak mengendahkan. Jika perasan, apabila kita memanggil nama kucing yang kita bela, mereka pasti akan menggerakkan telinga atau ekor mereka. Itulah adalah salah satu cara mereka menjawab panggilan kita sebenarnya.

 

Pemburu Terhebat

Haiwan pemburu terhebat adalah sebenarnya kucing. Ini kerana kucing mempunyai telinga dan deria bau yang tajam. Kucing ialah pakar dalam memburu bintang kecil seperti lipas, tikus, cicak dan sebagainya.

 

Membersihkan diri

Kucing akan membersihkan dirinya saat merasakan diri mereka memerlukan ketenangan selepas melalui kejadian yang tidak diinginkan seperti dikejar, bergaduh dan sebagainya.

BACA JUGA :   Kelebihan Sambung Belajar di Universiti Padjadjaran, Indonesia

Belajar diluar negara bukan suatu hal yang susah. Daulah Educonsult akan membantu anda dalam memilih universiti dan bidang yang anda minati.

Daulah Educonsult adalah sebuah agensi yang membantu anda menyambung pengajian dan mencapai impian anda. Misi utama Daulah Educonsult adalah untuk merealisasikan impian setiap pelajar yang ingin berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai bidang ditawarkan di Daulah Educonsult termasuk pelbagai negara antaranya ialah Poland, Mesir, Bangladesh dan banyak lagi.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here