Jepun terkenal dengan destinasi pelancongan yang sangat kreatif. Antaranya anime, cosplay, ninja dan sebagainya. Namun, tahukah anda, terdapat sebuah muzium di Jepun yang mempamerkan ratusan mi segera. Ada sahaja idea dan ilham yang ingin dilakukan untuk menarik perhatian orang ramai.
Tahukah anda, mi segera ini dicipta pada tahun 1958 oleh Momofuku Ando iaitu pengasas Nissin. Ianya secara tidak langsung mengubah diet rakyat Jepun.
Muzium ini terletak di Osaka dan mempunyai koleksi sejarah mengenai makanan segera yang menjadi ikonik negara ini. Terdapat sebuah terowong yang mempamerkan hampir 1000 jenis mi cawan segera. Lokasi ini sesuai untuk dijadikan sesi bergambar sambil melihat dan mempelajari sejarah makanan ini.
Jangan ketinggalan untuk menyertai bengkel membuat mi segera dan anda juga berpeluang untuk mencipta perasa anda sendiri. Di Chicken Ramen Factory, anda akan mempelajari proses menguli, menebar dan mengewap tepung gandum untuk dijadikan mi.
Di My Cupnoodles Factory, anda akan membuat sendiri pakej Cup Noodles yang asli. Setelah cawan rekaan anda siap, anda boleh memilih sup kegemaran anda dari empat jenis dan empat toping dari 12 bahan.
Sebuah pawagam mini disediakan yang menayangkan kisah kepada penciptaan mi segera dan juga proses pembuatan mi segera tersebut. Terdapat juga sebuah kafe dimana anda boleh menikmati pelbagai jenis dan juga perasa mi segera dan boleh dipilih sendiri.
Waktu Operasi Muzium :
9:30 pagi – 4:00 petang (Kemasukkan terakhir 3:30 petang)
*Bukan Hari Bekerja: Selasa (Kalau hari selasa ialah cuti hari kebangsaan, hari berikutnya adalah hari bukan bekerja)
Akhir Tahun hingga Cuti Tahun Baru.
Bayaran masuk adalah percuma namun terdapat bayaran akan dikenakan di Chicken Ramen Factory dan My Cupnoodles Factory.
Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Jepun
Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)