Tokoh terkenal Buya Hamka yang terkenal dengan karya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck , berasal dari Padang, Indonesia. Lokasi Padang ini yang terletak di Indonesia Barat ini mengambil masa kitra-kira 3 hingga 4 jam perjalanan dari Malaysia.
Indonesia sangat terkenal dengan keindahan pantainya seperti Bali. Bali saban tahun menerima ratusan pelancong sama ada dari dalam negara mahupun luar. Biru air dan pasir putih ditemani dengan angin sepoi-sepoi bahasa sangat mengasyikkan.
Ayuh bersama Deenamik untuk berkongsi beberapa destinasi pantai yang wajib dikunjungi sepanjang anda di Padang.
PANTAI PADANG
Penduduk tempatan mengenalinya sebagai Taplau (Tapi Lauik). Terdapat banyak pembangunan yang diusahakan oleh Pentadbiran Padang untuk menaik taraf infrastruktur di kawasan tersebut. Terdapat banyak bungaan yang menghiasi Pantai Padang ini. Lokasinya yang strategi iaitu berdekatan dengan Ramayana Plaza Andalas, Pusat Beli Belah Padang dan juga Jambatan Siti Nurbaya. Anda juga boleh menikmati makanan laut yang segar disekitar pantai ini.
Pantai Pasir Jambak
Pantai ini dikelilingi dengan pokok kelapa yang menambahkan rasa nyaman angin pantai. Sangat sesuai untuk membawa keluarga beriadah disini. Terdapat deretan kedai makan dan juga pondok-pondok kecil untuk berteduh. Malah, terdapat juga homestay jika anda mahu bermalam di sekitar pantai ini.
PANTAI NIRWANA
Pantai ini sesuai jika anda berkunjung bersama keluarga kerana ombaknya yang tidak terlalu besar. Anak-anak dapat mandi dengan riang dan ceria. Pantainya yang luas mata memandang menyebabkan anda akan merasa ketenangan saat beristirehat di pantai ini. Kadang kala, ada peniaga yang menjual bakso dan mee ayam di pantai ini. Apa salahnya mencuba makanan tempatan sambil ditemani angin pantai yang menenangkan.
PANTAI AIR MANIS BATU MALIN KUNDANG
Kedegilan Malin Kundang yang derhaka terhadap ibunya menyampaikan satu mesej bahawa hormat itu penting. Terdapat lokasi kisah lagenda ini di pantai itu. Lokasinya terletak di Teluk Buyur dan disepanjang jalan diletakkan papan arah untuk memastikan anda sampai ke tempat yang dituju.
Daulah Educonsult turut menawarkan pengajian ke Indonesia bagi anda yang berminat melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)