Keputusan yang cemerlang bukanlah jaminan dan keputusan yang kurang memberangsangkan pula bukanlah tanda anda tidak mempunyai harapan lagi untuk melanjutkan pelajaran di luar negara dan di universiti-universiti yang terkemuka.

Usah bersedih lagi kerana kami mempunyai jalan untuk anda melanjutkan pelajaran ke luar negara di universiti terkenal seperti Universiti Al-Azhar tanpa keputusan SPM dan STAM sekali pun anda masih layak untuk diterima!

►Apa itu “Maahad Buuth Al-Azhar”?

Melalui program Madrasah Daulah, anda akan dibantu untuk memasuki Maahad Buuth (Sekolah Menengah Al-Azhar) seterusnya ke Universiti Al-Azhar dalam bidang pengajian islam tanpa sebarang Sijil SPM & STAM.

Sekolah ini bersifat “Sekolah Kebajikan” dengan erti pelajar hanya perlu membeli buku sekolah sahaja. Manakala yuran-yuran lain dan gaji guru ditanggung oleh Institusi Al-Azhar.

Maahad Buuth Al-Azhar ini terletak di kota Kaherah Mesir, lebih kurang 5 minit dari Universiti dan Masjid Al-Azhar(jika menaiki kenderaan).

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Maahad Buuth Melalui Madrasah Daulah, Mesir

Syarat kemasukan Madrasah Daulah

  • Tiada syarat kemahiran bahasa Arab (Tidak tahu bahasa Arab pun boleh daftar)
  • Tiada syarat sijil (Tiada sijil PMR, SPM, STPM, STAM juga layak mendaftar!)
  • Bermula umur 18 tahun sehingga 21 tahun sahaja
  • Sihat tubuh badan (Tiada sakit kronik)
  • Berada di Mesir ketika mendaftar.

►Peringkat Pengajian

Sekolah ini membahagikan pelajarnya kepada 2 Bahagian. Iaitu 3 Tahun di `Idadi (Peringkat Rendah) dan 3 Tahun di Thanawi (Peringkat Menengah).

Bagaimanapun, pelajar boleh mengambil peperiksaan Tahdid Mustawa yang membuka peluang pelajar menyingkatkan pengajian. Di Malaysia, kita sebut dengan istilah, ‘Lompat Kelas’.

  •     Paling lama, 6 tahun,
  •     Paling singkat, 1 tahun.
  •     Kebiasaannya, 3 tahun.

►Sambung Pengajian

Selepas tamat di Buuth Al-Azhar, pelajar boleh memohon untuk masuk ke mana-mana institusi pengajian tinggi di Mesir ataupun luar Mesir seperti Universiti Ummul Qura, Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan lain-lain.  Sijil sekolah ini bertaraf antarabangsa.

BACA JUGA :   Kemasukan Ke Madrasah Daulah Tanpa Sijil Kini Dibuka

Kebiasaannya, pelajar menyambung pengajian di Universiti Al-Azhar. Mereka mudah masuk kerana tidak perlu lagi mengikuti peperiksaan Imtihan Qabul.

►Matapelajaran

Antara matapelajaran yang diajar di Buuth ialah;  Fiqh, Tauhid, Hadis, Khat, Nahu, Sorof, Insya’, Tauhid, Sirah, Imla’, Tajwid, al Quran, Sains, Komputer, Matematik, Geografi, Sejarah, Bahasa Inggeris / Bahasa Perancis

Kelas adalah dari jam 8 pagi sehingga jam 12 tengah hari. Sebanyak 5 kelas bagi setiap hari. Setiap tahap kelas, mempunyai subjek yang berbeza.

Ingin mengetahui dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi talian hotline kami:

Atau anda boleh layari kami di platform berikut:

Atau anda boleh hadir ke pejabat kami yang beralamat di No. 1-19 Jalan Pandan Prima 2, Dataran Pandan Prima, 55100, Kuala Lumpur.

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here