Pengajian Islam bukan sahaja belajar di peringkat sekolah, ianya boleh disambung sehingga ke peringkat lebih atas. Ianya juga bukan hanya ada di Malaysia, malah, para pelajar boleh mengambil bidang ini di universiti luar negara.
Daulah Educonsult menawarkan bidang Pengajian Islam di Mesir iaitu di Universiti Al-Azhar. Antara bidang kursus yang ditawarkan ialah bahasa arab, usuluddin, syariah dan ulum islamiyyah.
Selain daripada Pengajian Islam, Daulah Educonsult juga ada menawarkan pelbagai bidang lain seperti perubatan, pergigian, farmasi, veterinar dan banyak lagi di pelbagai universiti.
Antara syarat untuk Pengajian Islam di Mesir ialah pelajar lepas SPM dan STAM. Bagi pelajar lepasan SPM, syaratnya ialah minimum gred B ke atas bagi enam subjek utama iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan al-Quran dan as-sunnah serta Syariah Islamiyyah.
Manakala bagi pelajar lepasan STAM pula, minimum Jayyid bagi keseluruhan keputusan STAM. Lepasan SPM dan STAM yang berminat untuk menyambung pengajian dalam bidang Pengajian Islam boleh mendaftar melalui Daulah Educonsult. Daulah Educonsult akan membantu anda sepenuhnya
Daulah Educonsult sebuah agensi yang akan membantu anda menyambung pengajian dan mencapai impian anda. Misi utama Daulah Educonsult adalah untuk merealisasikan impian setiap pelajar yang ingin berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai bidang ditawarkan di Daulah Educonsult termasuk pelbagai negara antaranya ialah Poland, Mesir, Bangladesh dan banyak lagi.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)