Bagi anda yang sudah layak melanjutkan pengajian ke universiti di Mesir pastu sudah tidak sabar mahu memulakan kehidupan baru disana. Anda perlu menyesuaikan diri dengan cuaca, budaya, bahasa, makanan dan juga pengangkutan di sana. Namun jika soal makanan dan cuaca, Deenamik pasti, anda mampu menempuhinya.
Deenamik ingin berkongsikan sedikit mengenai sistempengangkutan yang terdapat di Mesir. Pengangkutan adalah sangat penting untuk anda bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.
BAS
Terdapat pelbgai jenis bas yang disediakan di Mesir. Anda hanya perlu naik dan pilih destinasi yang hendak anda tujui. Sistemnya sama seperti di Malaysia. Anda tidak akan berasa kekok ketika menaiki kenderaan ini. Namun, setiap bas mempunia nombor yang berbeza. Setiap nombor melambangkan destinasi yang hendak dituju.
TREMKO / MINI BAS
Kebanyakan mahasiswa Malaysia gemar menaiki kenderaan awam jenis ini. Tremko memuatkan hanya 12 orang sahaja dan saiznya adalah seperti saiz sebuah van. Pergerakannya juga jauh lebih pantas berbanding bas. Tremko ini boleh didapati dimana-mana sahaja di sekitar Mesir.
METRO
Kenderaan awam ini mempunyai persamaan seperti LRT di Malaysia dan disediakan di sekitar Kaherah. Dengan menaiki Metro, anda tidak perlu risau untuk menempuh kesesakan lalu lintas. Terdapat tiga laluan Metro. Antaranya ialah Helwan New el – Marg, Giza-Shoubra dan Atabah – Mator.
TEKSI
Terdapt dua jenis teksi yang ditawarkan di Mesir iaitu teks bermeter dan tidak bermeter. Teksi yang tidak bermeter dari segi bayaran adalah bergantung kepada pemandunya.
Jika anda mahu menaiki pengangkutan awam di Mesir, utamakan keselamatan dan sentiasa peka dengan keadaan sekeliling. Semoga anda tabah menempuh alam baru sebagai seorang pelajar di bumi Mesir. InsyaAllah.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)