Gunung Bromo yang ketinggiannya mencecah lebih 2000 meter dari aras laut iaitu antara gunung berapi yang masih aktif. Suasana di sekitar Gunung Bromo ini sangat sejuk.
Gunung ini terletak di Jawa Timur dan kira-kira 79 kilometer dari Surabaya menjadi destinasi menarik buat pengunjung yang datang.
Ini kerana pengunjung boleh melihat matahari terbit dan keindahannya pada waktu pagi.
Perjalanan ke Gunung Bromo ini memakan masa yang agak lama. Bagi yang ingin menikmati matahari terbit, perjalanan dinasihatkan bermula seawal jam 3 pagi.
Kenderaan Jeep ada disediakan disini dengan harga yang berpatutan. Kenderaan ini akan dibawa sehingga ke kaki gunung dan jika pengunjung ingin ke puncaknya, pengunjung perlu berjalan kaki atau menggunakan alternaltif yang disediakan.
Menurut masyarakat tempatan, Gunung Bromo ini menyimpan sejarah dan kisahnya tersendiri. Perkataan asalnya iaitu ‘Brahma’ atau Dewa bagi agama Hindu.
Padang pasir yang terbentang luas di kaki Gunung Bromo adalah dikenali sebagai Pasir Berbisik Gunung Bromo.
Selain itu, tempat menarik di sekitar Gunung Bromo ialah Bukit Teletubbies dan Kawah Gunung Berapi. Pengunjung boleh menyewa perkhidmatan kuda yang disediakan disitu atau memilih untuk berjalan kaki.
Jom sambung belajar luar negara dengan Daulah Educonsult! Pelbagai bidang dan tawaran universiti disediakan. Konsultan Daulah Educonsult akan membantu anda!
Daulah Educonsult ialah sebuah platform yang akan membantu anda menyambung pengajian dan mencapai impian anda. Misi utama Daulah Educonsult adalah untuk merealisasikan impian setiap pelajar yang ingin berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai bidang ditawarkan di Daulah Educonsult termasuk pelbagai negara antaranya ialah Poland, Mesir, Bangladesh dan banyak lagi.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
Customer service 1 :0189624322
Customer service 2 :0182429322
Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)