Saloma Link adalah sebuah projek jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Kampung Baru dengan KLCC.  Warga kota hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit berbanding dengan lebih 30 minit jika melalui jalan raya sebelum ini. Namun, ianya hanya dikhususkan untuk pejalan kaki sahaja.

Jambatan unik ini dibuka secara rasmi pada 6 Februari 2020 setelah melalui pembinaan selama 18 bulan. Kos perbelanjaan menelan kira-kira RM31 juta dan semestinya akan menjadi ikon penting buat pelancong sama ada dalam mahupun luar negara.

Inspirasi Bridge of Peace

Jambatan yang unik ini diinspirasikan dari Bridge of Peace yang terletak di Tbilisi, Georgia. Ianya dihiasi dengan pencahayaan canggih yang menonjolkan keunikannya pada waktu malam. Lokasi ini sangat instagrammable bagi para instagrammer di luar sana.

BACA JUGA :   Perdana Menteri Ke-8 Mulakan Tugas Hari Ini

Disini, anda akan dapat melihat dua kawasan khas yang sesuai untuk bergambar iaitu berlatarbelakangkan KLCC tanpa sebarang halangan. Binaannya mengetengahkan konsep sirih junjung, iaitu simbolik tradisi perkahwinan Melayu.

Jambatan yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 yang berhampiran dengan setesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang berdekatan dengan menara Public Bank. Menara Public Bank ini tidak jauh dari KLCC.

Sebahagian 69 meter Saloma Link ini merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).

Krew Deenamik sendiri berpeluang merasai pengalaman berada di binaan ikonik ini. Berdasarkan pemerhatian, Saloma Link ini mendapat sambutan yang hangat daripada rakyat tempatan dan juga luar negara.

 

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educosult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Mungkinkah Wujud Kerjasama Antara ARMADA Dengan UMNO?

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here