Permintaan eksotik ini wujud dek kerana mendapat permintaan dari para peminatnya. Tambahan peminat tegar ini berpendapat bahawa terdapat bahagian-bahagian haiwan ini yang mampu mengubati penyakit, memberi tenaga batin dan kecantikan.

Oleh kerana permintaan yang tinggi, haiwan-haiwan liar ini diseludup untuk dijadikan sebagai hidangan.

Ayuh bersama Deenamik untuk mengetahui beberapa senarai haiwan liar yang mendapat permintaan yang tinggi.

Tenggiling

Sisik tenggiling digunakan untuk tujuan perubatan tradisional dan darahnya dikatakan mempunyai khasiat yang tersendiri. Haiwan ini didagangkan di China dan Vietnam. Dagingnya bernutrisi dan baik untuk buah pinggang menguatkan tenaga batin lelaki dan juga membantu memanaskan badan.

Ikan Jerung

Haiwan ini merupakan antara haiwan yang diancam kepupusan. Haiwan ini diseludup dan diburu untuk siripnya untuk dijadika sup.

Ular

Peminat makanan eksotik mengatakan bahawa daging ular rasanya manis. Ada juga mendakwa ular mampu memberikan tenaga dan juga menguatkan tenaga syahwat.

Katak 

Daging katak didakwa mempunyai khasiat termasuk mampu mencegah kanser. Tambahan ada juga mengatakan dagingnya mampu menyembuhkan luka dengan pantas dan juga mencegah asma. Bahagian badannya yang popular adalah kaki kerana ada yang mendakwa protein di kaki katak lebih banyak daripada dada ayam.

BACA JUGA :   Destinasi Wajib Dikunjungi Di Rusia

Biawak

Daging dari haiwan ini dikatakan lebih liat berbanding daging lembu dan kambing. Peminat setia haiwan ini mendakwa dagingnya mampu menyembuhkan penyakit gatal-gatal kulit dan juga asma. Ada juga yang mendakwa, dengan memakan biawak akan dapat mencantikkan kulit wanita.

Kelawar

Pemakanan kelawar diamalkan di beberapa negara kerana percaya ianya mampu memberikan khasiat dan selain dagingnya yang sedap. Namun, pakar kesihatan memberi amaran bahawa pengambilan daging kelawar berisiko membawa virus ebola dan juga marburg.

Haiwa-haiwan liar ini kebanyakannya tidak elok dan tidak sepatutnya dijadikan hidangan. Tambahan dengan jumlah mereka yang semakin sedikt, mampu mengancam spesies yang diancam kepupusan.

Berkenaan dengan coronavirus, ianya dikatakan berpunca dari sebuah pasar tradisional yang terdapat di Wuhan. Pasar tersebut menghidangkan pelbagai hidangan eksotik termasuk haiwa-haiwan di atas. Setakat ini, jumlah kematian di seluruh dunia disebabkan coronavirus ini adalah hampir 600 korban.

BACA JUGA :   Daulah Educonsult Buka Tawaran Sambung Belajar ke Rusia Sesi Oktober

Berminat Melanjutkan Pengajian Dalam Bidang Veterinar

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here