Jenayah kolar putih adalah jenayah yang dilakukan oleh seseorang yang berstatus tinggi dalam pekerjaannya. Antara jenis jenayah yang sering dilakukan termasuklah jenayah korporat seperti rasuah,  penggelapan wang, jenayah komputer, pemalsuan dan sebagainya.

Penjenayah jenis ini sangat memberikan impak kepada kemajuan negara. Mereka sering kali lolos daripada serbuan pihak berkuasa. Disebabkan status yang tinggi, pihak berkuasa menghadapi keslutian untuk menangkap golongan ini. Namun, tahukah anda, Jho Low merupakan antara penejnayah kolar putih yang menjadi buruan dunia.

Mari bersama Deenamik kita ungkap kisah licik mereka ini.

Vijay Mallya

Merupakan seorang ahli perniagaan dan ahli terkenal di India. Sehingga kini kerajaan India masih mencuba memberkasnya namun disebabkan kekangan undang-undang ekstradisi yang melibatkan United Kingdom menyebakan dia sukar ditahan.

Dia melarikan diri ke United Kingdom selepas laporan audit menunjukkan dia memanipulasi sistem pinjaman bank namun tidak membayar kembali pinjaman tersebut. Dia turut berdepan dengan tuduhan penggubahan wang haram dan berepan tuntutan wang sekitar RM7.5 bilion. Vijay dipecat sebagai ahli politik namun sempat ke luar negara sebelum passportnya dibatalkan.

Low Taek Jho

Sehingga sekarang, keberadaanya tidak dapat dipastikan. Penjenayah licik ini juga didakwa mengubah wajahnya seiras beruang untuk mengelak identitinya terbongkar. Keluarga Jho Low menjalankan perniagaan arang batu, arak dan wain di Thailand dan China.

Pernah melanjutkan pengajian di London dan disana beliau membina rangkaian hubungan dengan individu berpengaruh dari Asia Barat. Disebabkan itu, dia berjaya membawa pelaburan UAE ke Malaysia menerusi pelaburan Abu Dhabi Commercial Bank ke dalam RHB Capital. Banyak lagi pelaburan yang dilakukan oleh Jho Low ini.

Individu ini turut terkenal dengan isu 1MDB. Namun selepas penglibatannya dalam isu ini, Jho Low berjaya menghilangkan diri dipercayai mendapat bantuan pihak asing. Sehingga kini, dia masih menjadi buruan.

Christopher Skase

Merupakan ahli perniagaan dari Australia dan menjadi buruan selepas mencuri dana syarikat miliknya Qintex yang merupakan syarikat perlombongan. Dia pernah didakwa atas cubaan membeli syarikat MGM di Hollywood.

Qintex bankrup selepas Skase memindahkan wang milik syarikat tersebut ke akaun bank luar dalam transaksi yang kecil namunm berkala. Selepas laporan dibuat oleh bsalah seorang pemegang saham, Skase melarikan diri ke Sepanyol dan ditahan reman sehari. Jumlah hutang kira-kira RM3.5 bilion.

Cubaan ekstradisi gagal kerana Skase mendakwa dirinya berdepan risiko kerosakan paru-paru. Dia meninggal dunia pada tahun 2001 di Majorca, Sepanyol.

Berikut adalah antar senarai penjenayah kolar putih yang masih lagi bebas. Jenayah yang dilakukan bukan sahaja mampu membantuan kemajuan negara, malah menjejaskan ekonomi negara.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

 

 

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here