Stadium Sultan Ibrahim yang dirasmikan pada Sabtu, 22 Februari 2020 adalah bersempena dengan nama Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar. Tambahan, Tuanku Sultan turut berkenan untuk merasmikan stadium ini.

Pembukaan terbaru stadium ini mencipta sejarah baru buat Harimau Selatan yang telah mengalami transformasi sejak tahun 2013 lagi.

Stadium ini berkeluasan 28 hektar dan mula dibina sejak tahun 2016. Dilengkapi dengan kemudahan padang jenis Zeon Zoysia dan seni binanya turut diilhamkan dari daun pisang. Hal ini sekali gus menjadikan stadium ini antara yang tercanggih di Asia Tenggara.

Setiap kemudahan dan fasiliti yang terdapat di stadium ini menepati pawaian yang ditetapkan oleh FIFA. Sistem pencahayaan yang menggunakan teknologi yang canggih termasuklah pemasangan lampu LED yang berwarna merah, biru dan putih di luar stadium.

BACA JUGA :   Kluster Baru Di Pasar Borong Beijing

Stadium ini akan digunakan sebagai perlawanan pembukaan tirai JDT menentang Kedah dalam Liga Malaysia musim ini. Ianya mampu nemapung kira-kira 40,000 dalam satu-satu masa dan menelan kos hampir RM200 Juta.

Majlis perasmian disambut dengan penuh gilang gemilang dan dihadiri oleh rakyat Johor dan juga peminat kelab bola sepak tersebut.

Sumber dari TV636 – teddy sixthreesix

BERMINAT MELANJUTKAN PENGAJIAN KE LUAR NEGARA

MENDAFTAR SEGERA BERSAMA DAULAH EDUCONSULT

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Hukum Umrah Bagi Golongan Transgender

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here