Syarat Kelayakan Pelaksanaan E-HAILING

0
1483

Perkhimatan e-hailing yang diperkenal di Malaysia merupakan perkhidmatan terbaru dan telah dikuatkuasakan pada 12 Julai 2018. Syarikat e-hailing yang terlibat diberikan tempoh selama setahun untuk memenuhi syarat-syarat Lesen Perniagaan Pengantaraan (LPP).

Kenderaan e-hailing

Kenderaan e-hailing adalah kenderaan persendirian yang digunakan untuk memberi perkhidmatan pengangkutan awam kepada penumpang melalui tempahan menerusi aplikasi elektronik.

Pemandu yang berminat untuk menjadi seorang pemandu e-hailing perlu mendaftar sebagai pemandu di syarikat e-hailing. Antara syarat yang perlu dipatuhi oleh pemandu e-hailing adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 21 tahun
  • Mempunyai Lesen Memandu Kompeten (CDL)
  • Tiada sabitan kesalahan jenayah berdaftar
  • Tidka disenaraihitamkan oleh PDRM dan JPJ dan tidak mempunyai kompaun tertunggak dengan APAD.
  • Lulus pemeriksaan kesihatan
  • Hadir dan lulus progrm latihan memandu modul baharu selama 6 jam
  • syarat-syarat lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa berkaitan Perniagaan Pengantaraan yang akan dikeluarkan kelak.
BACA JUGA :   Promosikan Perniagaan Makanan Anda Secara Online.

Syarat Kelayakan Bagi Kenderaan 

  • Terbuka kepada semua jenama yang mempunyai sekurang-kurangnya taraf 3 bintang tahap piawaian ASEAN NCAP atau yang setara dengannya.
  • 4 – 11 muatan tempat duduk (termasuk tempat duduk pemandu)
  • Menjalani pemeriksaan berkala di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) sekali dalam setahun apabila kenderaan melebihi usia 3 tahun dari tarikh didaftarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
  • Memaparkan pelekat tanda pengenalan kenderaan e-hailing yang dikeluarkan oleh JPJ
  • Perlindungan insurans bagi kenderaan, penumpang dan pihak ketiga.

Syarat Had Usia Kenderaan 

  • CKD – tidak lebih 10 tahun dari tarikh didaftarkan di JPJ
  • CBU – tidak lebih 10 tahun dari tahun dibuat oleh pengeluar kenderaan
  • Had usia kenderaan kelas teksi, kereta sewa dan teksi mewah adalah seperti mana yang diluluskan oleh S.P.A.D. berdasarkan permit kenderaan.
BACA JUGA :   Pendaftaran Percuma Sebagai Vendor Dan Nikmati 0% Komisen Sepanjang PKP Di Safer.

*Sumber dari Agensi Pengangkutan Awam Darat

Safer Group bakal melancarkan jaringan perkhidmatan pengangkutan secara atas talian. Safer Groups dilengkapi dengan Safer Driver, Safer Food Merchant dan juga Safer Kiosk. Dengan tertubuhnya syarikat ini, sistem perkhidmatan pengangkutan di Malaysia akan dapat terus bersaing secara sihat dan kompeten. Tambahan, turut dapat membantu menyediakan peluang pekerjaan kepada masyarakat Malaysia.

Nantikan kemunculan dari Safer Group https://www.safer.my/

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here