Syed Saddiq yang nerupakan Menteri Belia dan Sukan itu memulakan tugas sebagai Ketua BERSATU selepas pemilihan parti itu berlangsung. Beliau berhasrat agar golongan muda berpeluang untuk memimpin, selain diberi kepercayaan, amanah, tanggungjawab dan juga sokongan.

Menurutnya, tanggungjawab yang digalas sangat berat selain kekuatan akar umbi hingga peringkat Pusat perlu diperkasa dan diperkukuh.

“Saya mahukan Muar yang aman, damai dan menyenangkan untuk penduduknya, dalam masa yang sama berpotensi untuk menjadi maju dan mampu memberi kehidupan yang berkualiti kepada para penduduknya,”

Ahli Parlimen Muar itu sebelum ini menang tanpa bertanding Ketua BERSATU Bahagian Muar. Beliau juga merupakan Ketua Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU. Beliau dipilih bagi menggantikan Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga merupakan Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

BACA JUGA :   Siapa Kelentong Siapa? Syed Saddiq Bidas Kenyataan Papagomo.

Pemilihannya sebagai Ketua BERSATU Bahagian Muar dijangka akan memberikan kelebihan kepada Syed Saddiq untuk mempertahankan jawatan sebagai Ketua ARMADA kebangsaan.

Beliau merupakan lepasan Maktab Tentera Diraja dan lepasan jurusan Undang-Undang di Universiti Islam Antarabangsa dan berasal dari Muar, Johor.

Berminat Melanjutkan Pengajian Ke Luar Negara

Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult 

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

BACA JUGA :   Nilai Kutipan Derma Mencapai Sasaran, Syed Saddiq Botakkan Kepala.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here