Tun Dr Mahathir Mohamad masih menjalankan tugasannya sebagai Perdana Menteri Interim berlandaskan Perlembagaan Persekutuan tanpa sebarang sekatan. Namun tahukah anda apakah maksud sebenar Perdana Menteri Interim.

Pengesahan bahawa Yang di-Pertuan Agong telah berkenan melantik Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri interim.

Perdana Menteri Interim memiliki semua kuasa yang diletakkan di bawah Pejabat Perdana Menteri termasuklah melantik atau tidak menteri Kabinet di bawah budi bicaranya.

Menurut Peguan Negara, Tommy Thomas tiada had tempoh bagi jawatan perdana menteri interim. Hal ini termasuklah memutuskan untuk melantik menteri Kabinet dengan budi bicara.

Pelantikan ini adalah sementara menunggu seorang perdana menteri baru mengangkat sumpah jawatan selaras Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, kesemua tugas-tugas anggota pentadbiran adalah terhenti pada tarikh yang sama. Hal ini termasuklah tugasan sebagai timbalan perdana menteri, menteri, timbalan menteri dan setiausaha politik.

BACA JUGA :   Rafizi Dakwa Kemenangan PH Dalam PRU14 Bukan Disebabkan Tun Mahathir

Sama-sama kita nantikan.

Realisasikan Impian Anda Bersama Daulah Educonsult

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here