Wroclaw adalah antara salah satu bandar tertua dan tercantik di Poland. Dengan populasi hampir 630,000, bandar ini merupakan bandar keempat terbesar di Poland. Tambahan, bandar ini turut aktif menjalankan aktiviti pembuatan, perbankan, perindustrian, pelancongan dan juga kebudayaan yang unik.
Di bandar ini, terdapat pelbagai destinasi menarik yang sangat berbaloi untuk dikunjungi. Bangunan warna warni dengan rekaan binaan yang berkonsep kuno dan millenial menyebabkan ia antara bandar yang wajib dikunjungi.
Rynek – Market Square
Berkeluasan 3.8 hektar, kawasan ini merupakan antara pasar yang terbesar di seluruh Eropah. Terdapat pelbagai bangunan yang berkonsepkan seni bina lama yang indah yang wujud sejak abad ke-13. Kebanyakan bangunan ini telah wujud sejak Perang Dunia Kedua. Terdapat juga sebuah patung dari seorang penulis, Aleksander Fredro yang sangat terkenal.
Ostrow Tumski
Pada abad ke-19, terdapat benteng yang dibina di sepanjang sungai untuk menghalang bencana banjir. Benteng tersebut kekal sehingga hari ini dan dijadikan sebagai kawasan pejalan kaki yang dihias dengan indah. Pada waktu malam, terdapat kelipan lampu yang dipasang disepanjang sungai. Pemandangan pada waktu malam adalah sangat indah.
Old Town Hall
Disebabkan bandar Wroclaw ini membangun pada abad ke-13, bandar ini merupakan saksi kepada berlakunya peralihan kuasa ekonomi dan juga politik. Oleh itu, anda akan dapat melihat pelbagai bangunan lama seperti anda berada di dalam sebuah muzium purba. Disini, terdapat sebuah restoran tertua di Eropah iaitu Piwnica Swidnicka.
Nikmati Panorama Sekitar Raclawice
Perang Raclawice terjadi pada 4 April 1794. Pperangan ini berlaku antara Kosciuszko menentang Rusia. Bagi memperingat ulang tahun ke-100 peperangan ini, seorang artis iaitu Jan Styka telah menghasilkan sebuah lukisan berukuran 15 x 114 meter.
Istana Diraja
Frederick the Great telah memilih Istana Baroque sebagai kediamannya selepas kerajaan Prussia mengambil alih Silesia pada tahun 1740. Raja Prussia akan membuat penambahan di istana tersebut apabila bertukr pemerintah. Istana ini pernah rosak teruk ketika berlakunya peperangan dan sebahagian barangan disimpan di Muzium Wroclaw.
Air Pancut Wroclaw
Monumen air pancut di tengah-tengah bandar Wroclaw ini bukan hanya sekadar air pancut biasa. Ianya telah diiktiraf oleh UNESCO sebagai sebuah tarikan air terbesar . Air pancut ini siap dibina pada tahun 2009 sempena meraikan ulang tahun ke-20 pilihan raya Poland yang pertama. Ianya dilengkapi dengan 800 mentol yang sangat indah jika dipasang pada waktu malam.
Poland juga menawarkan beberapa universiti bertaraf antarabangsa yang telah pun mendapat pengiktirafan dari WHO, KPT, MQA, JPA, MMC, MDC, dan MVA. Berminat melanjutkan pengajian ke Poland dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda? Ingin mengetahui bidang yang ditawarkan? Layari laman web rasmi Daulah Educonsult untuk mengetahui dengan lebih lanjut.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)