Setakat 20 Mac 2020, peningkatan kepada wabak Pandemik COVID-19 meningkat kepada 1030 kes. Jumlah menunjukkan peningkatan pada hari ini adalah sebanyak 130 kes. Kerajaan telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan pada 12 Mac lalu. Namun masih terdapat masyarakat Malaysia yang masih degil dan masih berkunjung ke tempat terbuka.

Ayuh ikuti perkongsian dari Encik Adnan mengenai bagaimana beliau disahkan positif wabak pembunuh ini dan beransur pulih.

Ianya bermula dengan sesi bersalaman dengan seseorang yang menyertai Ijtimak Tabligh ketika majlis pernikahan abangnya yang bertarikh 6 Mac. Seterusnya, dia disahkan positif COVID-19. Tambahan, 6 ahli keluarganya turut menimpa nasib yang sama.Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan anda iktibar dan pedoman agar sentiasa patuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

BACA JUGA :   Amalan '3c' yang Patut Dilakukan oleh Majikan dalam Kalangan Pekerja

Menurutnya, simptom wabak tersebut tidak hanya datang sekali. Bahkan ianya datang berulang kali selepas dia sembuh. Dia diserang dengan demam panas dan pening kepala. Seterusnya, Adnan mula diserang dengan sesak nafas dan juga batuk. Tekaknya masih terasa pahit walaupun sudah beransur pulih dari demam tersebut.

Tambah Adnan, dia membuat pemeriksaan pada 17 Mac 2020 dan didapati positif pada 18 Mac 2020. Kebersihan sangat penting. Punca utama dia dijangkiti adalah kerana selepas bersalaman, dia terus makan tanpa membasuh tangan terlebih dahulu. Wabak COVID-19 ini mudah tersebar melalui sentuhan.

Dia meminta jasa baik semua untuk mendoakan kesihatannya dan juga ahli keluarganya yang terlibat. Pintanya lagi, berdoa supaya wabak ini dapat dibasmi dengan masa yang pantas. Sejujurnya, rakyat Malaysia perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan dengan duduk sahja di rumah. Jika anda berkinjung ke tempat awam, ianya hanya akan menyebarkan lagi virus tersebut.

BACA JUGA :   Vaksin Sinovac Sedia Hadapi Gelombang Baharu Jangkitan COVID-19

Sentiasa amalkan langkah cuci tangan dengan betul dan juga bersih. Jaga kebersihan sentiasa dan kurangkan berkunjung ke tempat-tempat awam yang berisiko untuk wabak ini tersebar.

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here