Masih relevankah bidang pengajian Islam pada masa kini? Masih relevan. Hal ini demikian kerana ilmu agama pada zaman ini sangat mudah diperoleh. Semuanya berada di hujung jari sahaja. Namun, kebanyakan graduan lepasan bidang pengajian Islam selesa untuk menceburkan diri dalam bidang pendidikan. Antaranya sebagai pensyarah dan juga guru.

Sejujurnya, kerjaya sebagai lepasan bidang pengajian Islam adalah sangat luas. Terdapat dua negara yang ditawarkan oleh DAULAH EDUCONSULT kepada para pelajar yang berminat melanjutkan pengajian dalam bidang ini. Pertama di negara Mesir dan juga kedua di negara Indonesia.

Universiti Al-Azhar, Mesir

Pengajian di Mesir adalah di Universiti Al-Azhar. Universiti ini tidak perlu dinafikan lagi kemasyurannya. Pelajar lepasan universiti ini sangat berkualiti dan mempunyai peluang pekerjaan yang cerah. Tambahan, universiti ini adalah yang tertua di Mesir.

Universiti ini terletak bersebelahan dengan Masjid Agung Al-Azhar. Bahasa pengantar yang digunakan di universiti ini adalah bahasa Arab dan juga bahasa Inggeris. Kebanyakan tenaga pengajar fasih berbahasa Inggeris dan juga Arab. Sistem konvesional masih lagi diamalkan di universiti ini iaitu menekankan aspek teori.

BACA JUGA :   Tawaran Melanjutkan Pengajian Dalam Bidang Sains Kesihatan Dan Pengajian Islam Di Indonesia Bagi Sesi September 2022

Universitas Islam negeri Sultan Syarif Kasim Riau, Indonesia

Universiti yang turut dikenali sebagai UIN Suska Riau ini ditubuhkan pada 4 Januari 2005. Nama universiti ini diangkat dari nama Sultan Syarif Kasim yang merupakan sultan ke-12 pada ketika itu dalam Kesultanan Siak Sri Inderapura.

UIN Suka Riau ini dilengkapi dengan 10 fakulti pengajian. Antaranya ialah fakulti pengajian Islam. Tenaga pengajar yang mengajar di universiti ini adalah yang terlatih dan berkualiti.

Universitas Islam Negeri A-Raniry, Banda Acheh

Nama universiti ini adalah diilhamkan dari seorang ulama besar dan juga mufti yang sangat berpengaruh pada asa tersebut iaitu Sultan Iskandar Tsani. Nama lengkap beliau adalah Syeikh Nuruddin Ar-Raniry yang berasal dari Ranir di Gujarat, India.

Misi universiti ini adalah untuk melahirkan sarjana yang berkemampuan dalam bidang akademik, profesi dan juga vokasi yang sangat kompetitif antara satu sama lain secara sihat. Tambahan, mengimplementasikan ilmu untuk membangunkan masyarakat yang madani, beriman , berilmu dan juga beramal.

BACA JUGA :   Belajar Di Mesir Dalam Bidang Pengajian Islam Sesi 2021.

Ingin melanjutkan pengajian ke universiti di atas? Daftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT dan jalani sesi kaunseling secara percuma.

Pelajar lepasan STAM adalah digalakkan untuk melakukan permohonan.

Kemasukan seterusnya adalah pada bulan September 2020. Namun anda juga sudah boleh melakukan permohonan mulai sekarang.

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here