Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengurangkan penyebaran COVID-19. Perintah tersebut dilaksanakan mulai 18 Mac hingga 31 Mac 2020. Pengumuman tersebut diumumkan secara langsung pada malam tadi.
Menurut Perdana Menteri, perintah yang dilaksanakan adalah di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.
“Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (atau essential services) iaitu air, elektrik, tenaga, telekomunikasi, pos, pengangkutan, pengairan, minyak, gas, bahan api, pelincir, penyiaran, kewangan, perbankan, kesihatan, farmasi, bomba, penjara, pelabuhan, lapangan terbang, keselamatan, pertahanan, pembersihan, peruncitan dan bekalan makanan,” kata beliau dalam perutusan khas tersebut.
Muhyiddin dalam ucapannya, berkata banyak negara telah mengambil langkah drastik membendung Covid-19, seperti China yang menunjukkan penurunan dalam penyebaran virus itu.
[LIVE] Ucapan penuh pengumuman khas Perdana Menteri Malaysia
“Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat,” tambah beliau.
Dr Dzulkefly berkata bahawa ianya bukanlah perintah berkurung. Hal ini kerana jika perintah berkurung, anda tdak akan dibenarkan untuk keluar rumah.
Pada 12 Mac 2020, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengkategorikan situasi penularan COVID-19 sebagai pandemik. Semua negara digesa agar mengesan dan menjejaki setiap kes jangkitan COVID-19 bagi membendung penularan wabak itu.
Setakat ini, kes yang disahkan di Malaysia adalah sebanyak 553 dan jumlah yang sembuh dari virus pembunuh ini adalah 42 orang. Kes kritikal adalah sebanyak 12 kes dan belum ada kematian dicatatkan di Malaysia setakat ini.
Ingin Belajar Ke Luar Negara Bagi Kemasukan Bulan September? Hubungi Daulah Educonsult.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)