Ada di antara bank di Malaysia yang sudah mula mengembangkan program financial asisstanse. Program tersebut dijalankan atas faktor kejatuhan ekonomi yang diakibatkan oleh wabak COVID-19.

Hal ini disebabkan oleh banyak individu dan perniagaan yang menghadapi ketidakpastian kewangan yang agak besar selepas kerajaan Malaysia mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan 12 Mac lalu. Oleh itu, menerusi program ini, mereka berharapa agar dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi oleh pelanggan mereka dalam menempuh kesukaran yang sedang dihadapi.

Kebanyakan bank sudah mula menawarkan program sebegini sejak bulan Februari 2020 lagi. Hal ini kerana, ramai pemilik perniagaan sudah mula menghadapi kesukaran akibat larangan perjalanan dan juga lojistik yang dikenakan ke atas China. Keadaan tambah merumitkan dengan penularan secara besar-besaran oleh wabak COVID-19.

BACA JUGA :   Rentas Daerah Atau Negeri Sudah Dibenarkan Bermula 7 Disember

 

Deenamik akan senaraikan beberapa bank dan juga institusi tempatan yang menawarkan program yang akan membantu kewangan anda kembali pulih.

Institusi Kewangan 

  • Affin Bank & Affin Islamic Bank
  • Agrobank
  • Alliances Islamic Bank
  • AmBank
  • Bank Islam
  • Bank Muamalat
  • Bank Rakyat
  • Hong Leong Bank & Hong Leong Islamic Bank
  • HSBC Bank & HSBC Amanah Malaysia Berhad
  • Maybank & Mayback Islamic
  • MBSB Bank
  • OCBC Bank & OCBC Al-Amin Bank
  • Public Bank & Public Islamic Bank
  • RHB Bank & RHB Islamic Bank
  • SME Bank
  • Bank Simpanan Nasional
  • CIMB Bank & CIMB Islamic Bank

Institusi Tempatan 

  • Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
  • Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
  • Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN Nasional)
BACA JUGA :   Perlaksanaan PKPD Di Medan 88, Salak Tinggi, Sepang.

Wabak COVID-19 yang pertama kalinya dikesan di Wuhan telah memberi impak negatif kepada pembangunan ekonomi di Malaysia. Keadaan tambah parah apabila Malaysia disahkan sebagai negara tertinggi di Asia Tenggara dengan peningkatan yang agak tinggi pada setip hari.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuatkuasa sehingga 31 Mac 2020. Rakyat Malaysia dinasihati supaya sentiasa sentiasa menjaga kebersihan dan juga patuh arahan kerajaan dan juga Kementerian Kesihatan Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh pergi ke laman sesawang institusi perbankan di atas dan bertanya dengan lebih lanjut. Semoga kita sentiasa terhindar dari bahaya penyebaran wabak COVID-19 ini.

 

 

 

 

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here