Kematian dari COVID-19 setakat ini mencatatkan sebanyak 14 kematian dan kes yang disahkan di Malaysia adalah sebanyak 1,518 kes. Walupun kerajaan telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan, namun peningkatan berkenaan dengan kes ini mengalami peningkatan.

Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia, patuhi arahan yang dikeluarkan dan sentiasa amalkan kebersihan. Namun, jika anda terpaksa juga keluar untuk membeli barangan asas, ikuti langkah yang telah disenaraikan oleh Deenamik di bawah.

Semoga membantu !

Tatacara Yang Betul :

  • Pakai sarung tangan plastik ketika mengambil barang-barang di rak pasaraya. Hal ini demikian untuk mengurangkan risiko dijangkiti wabak COVID-19 kerana wabak ini mampu bertahan di permukaan hingga 9 jam.
  • Pakai penutup muka dan hidung. Pembawa tidak menyebarkan virus. Namun virus mudah tersebar jika anda kerap menyentuh bahagian mata, hidung dan juga mulut.

Langkah Selepas Balik Dari Pasaraya : 

  • Elakkan dari terus bertemu dengan ahli keluarga yang lain. Tambahan, amalkan social distancing ketika baru balik dari pasaraya.
  • Terus masuk ke tandas dan buka semuaa pakaian dan terus masukkan ke dalam bag plastik untuk dicuci.
  • Kemudian buka sarung tangan dan penutup hidung dan mulut. Bunag segera ke dalam beg plastik khas. Elakkan buang dalam tong sampah biasa. Hak ini kerana virus COVID-19 boleh membiak dalam sisa-sisa makanan yang berada dalam tong sampah.
  • Mandi dan cuci dengan sabun sebersihnya.
BACA JUGA :   Jokowi Larang "Mudik" Ketika Bulan Ramadan

Simpan barangan yang baru dibeli di satu sudut khas selama 8 jam kerana jika terdapat virus pada barangan tersebut, virus yang melekat hanya mampu bertahan selama 8 jam sahaja.

Jika Beli Barangan Yang Sudah Dimasak

  • Pastikan memilih kedai yang dalam keadaan bersih.
  • Amalkan social distancing sejauh 1 meter jika kedai tersebut ramai orang.
  • Beli dan terus balik.
  • Balik dan ulangi tatacara selepas balik dari pasaraya di atas.

Adakah susah untuk mengikuti segala langkah di atas untuk mencegah penularan COVID-19 ? Bersusah-susah dahulu agar anda mampu tunuk bersenang-senang kemudian. Sayangi dan hargai diri anda dan juga keluarga.

Kami dari Deenamik sentiasa mendoakan kesejahteraan buat para pembaca kami. Sesungguhnya, ayuhla kita bersama-sama duduk sahaja di rumah dan sentiasa patuhi arahan dan perintah yang dikeluarkan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

BACA JUGA :   Politik Ketika Waktu Genting COVID-19

Berminat Melanjutkan Pe gajian Ke Luar Negara Dalam Bidang Yang Diminati? Mendaftar Segera Bersama Daulah Educonsult. 

Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here