Indonesia terkenal sebagai destinasi pelancongan di kalangan rakyat Malaysia kerana ia terletak tidak jauh dari Malaysia. Ia juga mempunyai daya tarikan yang semestinya menarik pelancong untuk melancong serta meneroka negara itu.

 

Ayuh! terokai bumi Indonesia yang mempunyai pelbagai tarikan. Pasti ada diantara kalian yang tahu tentang kewujudan Hutan Monyet Ubud atau dikenali sebagai Mandala  Suci Wenara Wana yang terletak di Bali, Indonesia. Ia merupakan habitat semula jadi monyet ekor Panjang di Bali. Hutan ini merupakan salah satu tarikan di Ubud dan lebih kurang 10-15 ribu orang pelawat yang datang ke hutan ini dalam masa setahun.

 

Seterusnya ialah Jalan Malioboro yang sudah pastinya menjadi tempat yang sesuai buat mereka yang gemar membeli belah. Terletak di Yogjakarta, Indonesia, jalan ini juga dikenali oleh rakyat tempatan. Terdapat banyak kedai, restoran dan juga hotel di sepanjang jalan itu.

BACA JUGA :   Pilih Farmasi Sebagai Karier Terbaik Anda

Tempat seterusnya yang boleh anda lawati adalah Taman Mini Indonesia Indah yang terletak di Timur Jakarta. Taman ini merupakan synopsis kesemua kebudayaan yang terdapat di Indonesia. Terdapat rumah adat yang menempatkan seni bina, pakaian, dan juga tarian bagi setiap wilayah yang terdapat di Indonesia.

Tarikan seterusnya ialah Pura Ulun Danu Beratan yang terletak di Bali, Indonesia. Ia akan kelihatan seolah-olah terapung di atas air apabila air sungai Bratan naik.

Anda berminat untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia?. Daulah Educonsult sedia membantu anda.

Daulah Educonsult sedia membantu anda memberikan khidmat nasihat kepada mereka yang memerlukan, terutamanya mereka yang berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara. Untuk mendapatkan konsultasi secara PERCUMA, terus hubungi kami di talian:

BACA JUGA :   Ketahui Lokasi Menarik di Surabaya, Indonesia

Konsultan Athirah: 0183949480

Customer Service: 0189624322

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here