Bermula semalam (Rabu, 18 Mac) perintah kawalan pergerakan di seluruh negara dilaksanakan berikutan COVID-19 yang melanda.

Kerajaan mengambil langkah ini untuk membendung COVID-19 ini yang telah mengorbankan dua nyawa di Malaysia.

Setakat dalam pelaksanaan perintah ini, ternyata masih ramai yang belum jelas dan faham tentang istilah berkaitan COVID-19 yang digunapakai kini.

Antara istilah yang sering kedengaran ialah kuarantin, pengasingan dan penjarakkan sosial. Berikut sedikit penjelasan mengenai istilah ini:

Kuarantin

Kuarantin bermaksud anda perlu tinggal di rumah dan tidak mendekati orang mahupun dunia luar selama 14 hari iaitu tempoh yang telah ditetapkan.

Jika tinggal dirumah bersama keluarga, anda perlu duduk berseorangan didalam bilik jika boleh dan tidak boleh keluar untuk ke pusat beli-belah, membeli barang dan sebagainya.

BACA JUGA :   SEMUDAH 123 SAHAJA UNTUK MENYAMBUNG PELAJARAN KE LUAR NEGARA!

Cuba untuk tidur berasingan dan gunakan tandas yang berasingan dengan ahli keluarga. Hal ini juga termasuk dengan penggunaan perkakas rumah yang dikongsi bersama.

Pengasingan

Pengasingan adalah untuk mereka yang telah disahkan positif COVID-19 dan ianya telah disahkan oleh pihak kesihatan.

Jika anda positif, kakitangan perubatan yang merawat anda perlu memakai pakaian khas untuk perlindungan diri mereka.

Malah, anda juga sebagai pesakit perlu memakai topeng untuk mencegah daripada penyebaran virus.

Di hospital, anda akan ditempatkan di wad isolasi dimana anda akan diasingkan dan diklasifikasikan sebagai penyakit berjangkit seperti SARS.

Penjarakkan Sosial

Penjarakkan sosial adalah bermaksud anda perlu menjarakkan diri anda daripada orang ramai, bersalaman, jarakkan diri anda dalam lif dan sebagainya.

BACA JUGA :   Keindahan Tasik Baikal

Jika anda merasakan diri anda tidak sihat, pastikan anda duduk dirumah.

Kerajaan telah menasihatkan anda untuk duduk dirumah bagi dan majikan perlu membenarkan pekerjanya untuk bekerja dari rumah.

Semua acara, perhimpunan, solat jumaat, solat jemaah dan sebagainya yang melibatkan perhimpunan ramai orang telah ditangguh dan dibatalkan.

Ini adalah demi membendung wabak ini daripada berterusan dan keselamatan bersama.

Masih mencari tempat untuk melanjutkan pengajian? Daulah Educonsult ada penyelesaiannya!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here