Poland merupakan negara yang terletak di rantau Eropah. Tahukah anda?. Poland merupakan negara ke-9 yang terbesar di antara negara-negara lain di rantau ini.
Selain itu, terdapat pelbagai fakta yang menarik tentang Poland yang perlu anda ketahui. Yang pertama ialah haiwan terberat di Eropah boleh didapati di Poland. Hutan Primerius Bialowieza yang mempunyai keluasan sebanyak 380,000 hektar di Poland, merupakan hutan purba terakhir di Eropah dan merupakan rumah kepada 800 ekor Bison, iaitu haiwan terberat di rantau Eropah.
Seterusnya ialah nama yang berakhir dengan suku kata -ski/ska atau -cka/cki berfungsi sebagai kata sifat dan perlu dipadankan dengan jantina. Sebagai contoh, jika nama bapa anda adalah Kowalski, dan anda akan dinamakan sebagai Kowalska.
Fakta sterusnya ialah Poland mempunyai 16 Tapak Warisan Dunia yang mengagumkan dan salah satu daripadanya ialah mempunyai istana terbesar di dunia iaitu Istana Malbrok.
Anda juga perlu tahu, sekiranya anda memakai topi di dalam rumah seseorang mahupun di dalam gereja, ia merupakan tanda anda tidak hormat kepada mereka. Kebiasaannya ia tidak menjadi masalah sekiranya dilakukan di kalangan orang muda, tetapi generasi tua mungkin kurang senang dengan tindakan anda.
Anda berminat untuk menyambung pengajian ke luar negara? Daulah Educonsult sedia membantu anda.
Daulah Educonsult bersedia membantu anda memberikan khidmat nasihat terutamanya mereka yang ingin menyambung pengajian ke luar negara. Dapatkan konsultasi secara PERCUMA daripada konsultan terlatih kami di talian:
Konsultan Athirah: 0183949480
Customer Service: 0189624322