Pengguna yang menggunakan hand sanitizer atau cecair pembasmi kuman dinasihatkan untuk memilih kandungan alkohol antara 60 hingga 80 peratus.

Kadar alkohol yang melebihi 80 peratus adalah tidak sesuai kerana bahan ini boleh menyebabkan kulit anda cepat kering dan akan merekah.

Penggunaan cecair pembasmi kuman ini adalah sama seperti amalan mencuci tangan tetapi tempohnya lebih singkat kerana ianya cepat kering.

Menurut Koordinator Perubatan Malaysian Medical Relief Society (Mercy Malaysia), Masniza Mustaffa berkata untuk kesan maksimum, anda disarankan untuk mencuci tangan dengan bersih.

Ini bagi mengelakkan kotoran menghalang cecair pembasmi kuman yang disapu pada tangan.

Menurut beliau lagi, cecair pembasmi kuman jenis gel atau tisu basah boleh digunakan jika kandungannya antara 60 hingga 80 peratus.

BACA JUGA :   JALAN PINTAS UNTUK BELAJAR KE LUAR NEGARA

Selain itu, beliau turut menasihati agar mengamalkan amalan membasuh tangan dengan sabun secara kerap dan bersih bagi mengelakkan kuman melekat. 

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengeluarkan kenyataan tentang penggunaan cecair pembasmi kuman beralkohol sah dibawa dalam solat.

Hukum bagi penggunaan ini adalah harus dan dimaafkan kerana prosesnya yang tidak melalui proses pembuatan arak hukumnya tidak najis tetapi haram jika diminum.

Daulah Educonsult menawarkan anda untuk melanjutkan pengajian di luar negara kemasukan September 2020!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here