Mesej yang tular di media sosial mengenai Malaysia akan dikenakan perintah sekatan pergerakan keluar dan masuk iaitu ‘lockdown’ pada hari ini adalah palsu.
Hal ini dinafikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba menerusi laman media sosial rasminya mengatakan bahawa penyebaran tentang infografik ‘lockdown’ pada hari ini iaitu 16 Mac (Isnin) adalah tidak benar.
Menurut beliau lagi, tiada sebarang kenyataan mengenai perintah berkurung buat masa ini dan beliau menasihati agar tidak menyebarkan berita yang tidak sahih.
Infografik yang mengandungi Covid-19 dan beberapa larangan iaitu jangan keluar dari rumah, jangan keluar ke tempat awam seperti pasar raya dan restoran serta sembahyang dan berdoa.
Ia menyeru untuk rakyat Malaysia untuk berada di kediaman masing-masing.
Dalam laman media sosialnya lagi, Dr Adham menggesa rakyat Malaysia untuk mematuhi nasihat kesihatan dan penjarakkan sosial satu meter yang diberikan dari semasa ke semasa oleh Kemneterian Kesihatan Malaysia.