Pengumuman kabinet baru pada petang semalam sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia untuk melihat sipakah yang bakal membantu Muhyiddin mengemudi Malaysia. Pengumuman yang dilakukan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya pada jam 5 petang.
Kerajaan baru di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin ini melantik empat menteri kanan menggantikan peranan timbalan perdana menteri.
Empat menteri berkenaan akan membantu menyelaras hal ehwal Kabinet yang terdiri dari Mohamed Azmin Ali, Ismail Sabri Yaakob dan Mohd Radzi Md Jidin.
“Dengan adanya menteri-menteri kanan ini, maka tiada keperluan pada masa ini untuk seorang timbalan perdana menteri dilantik,” katanya.
Dua orang bukan ahli politik iaitu Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Mufti Wilayah Persekutuan, Zulkifli Mohamad masing-masing diberi portfolio kewangan dan hal ehwal agama.
Umno berada di kedudukan kedua dengan menguasai 28 peratus jawatan kabinet walaupun memiliki 35 peratus MP penyokong kerajaan.
Barisan menteri kali ini menyaksikan seramai 9 ahli Umno, MCA dan MIC 1, PPBM 7, PAS 3, Gabungan Parti Sarawak 4, Parti Bersatu Sabah 1, dan 3 bekas pemimpin PKR yang menyertai PPBM baru-baru ini.
Berminat melanjutkan pengajian ke luar negara? Daulah Educonsult sediakan 5 negara untuk anda sambung belajar luar negara.
Daulah Educonsult merupakan sebuah platform yang membantu para pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang diminati di luar negara tanpa mengambil kira latar belakang pendidikan. Misi utama syarikat adalah merealisasikan impian pelajar untuk berjaya dari segi akademik di peringkat antarabangsa seiring dengan pengalaman menguruskan pelajar di pelbagai negara terutamanya di Mesir. Antara bidang pengajian yang ditawarkan adalah bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, bidang Pengajian Islam dan lain-lain.
Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian
- Customer service 1 :0189624322
- Customer service 2 :0182429322
- Konsultan Utama : 0132090322 (Tuan Syed)