Ramai pelajar yang berpendapat bahawa belajar di luar negara mempunyai cabaran dan dugaan yang berganda dari belajar di negara sendiri. Ya, itu sangat tepat. Namun, bila lagi anda akan merasai pengalaman sebegitu? Ingin cabar diri anda? Mendaftar segera bersama DAULAH EDUCONSULT.

Sejujurnya, terdapat banyak kelebihan dan manfaat yang anda perolehi ketika melanjutkan pengajian yang lebih tinggi di luar negara. Ayuh ikuti sedikit perkongsian dari DEENAMIK.

? Dapat Belajar Bahasa dan Kebudayaan Asing

Belajar di luar negera memerlukan anda memahami bahasa di negara tersebut. Hal ini demikian kerana bahasa merupakan komponen penting dalam komunikasi. Tidak teringinkah anda untuk sesekali mengucapkan “selamat pagi” atau “hello” dalam bahasa ibunda negara tersebut. Hal ini secara tidak langsung akan merapatkan hubungan silaturahim.

Tambahan, anda juga dapat mempelajari kebudayaan asing dan juga bertukar budaya dengan penduduk di negara tersebut. Harmonisnya hubungan akan dapat dipererat menerusi pertukaran budaya ini.

BACA JUGA :   Syarat Kelayakan Sambung Pengajian Ke Universiti Di RUSIA

? Belajar Berdikari

Ini adalah pengalaman yang paling berharga yang sukar didapati. Berdikari di negara sendiri berbanding dengan negara orang adalah sangat jauh berbeza. Hal ini demikian kerana, melalui situasi ini, anda akan dapat mengenalpasti siapakah kawan dan juga lwan. Siapakah sahabat yang sanggup hidup susah dan senang bersama-sama.

Selain itu, skil memasak anda juga akan bertambah hebat kerana kadangkala perasaan homesick akan menyerang. Anda pasti sekali sekala inginkan makanan Malaysia. Tidak semua negara menyediakan makanan dari Malaysia. Tidak mengapa sesekali homesick, justeru ianya akan mengajar anda erti bersyukur selalu.

? Berpeluang Merasai Sistem Pembelajaran Yang Berbeza

Setiap negara mengamalkan sistem pembelajran yang berbeza atau lebih kurang sama dengan Malaysia. Di Malaysia, anda mungkin akan cuti apabila semester berakhir. Namun di luar negara, kebanyakan universiti akan mengambil cuti yang lama ketika musim panas. Masa inilah anda berpeluang untuk menjelajah ke negara orang. Rasai sendiri pengalaman empat musim di negara luar.

BACA JUGA :   Ketahui Peluang Sambung Belajar Di Rusia Tahun 2021.

? Berpeluang Mengenal Kawan Baru

Situasi ini sangat lazim di universiti atau institusi pendidikan. Melalui kerja berkumpulan, anda akan merasai pengalaman belajar bersama pelaajr dari negara lain. Tambahan, anda juga akan dapat mempelajari bahasa dan juga kebudayaan baru dari kawan-kawan dari luar negara.

Ingin belajar ke luar negara? DAULAH EDUCONSULT sedia membantu anda. Mereka adalah badan konsultasi yang menyediakan peluang belajar ke luar negara hampir 6 buah negara. Antaranua ialah Mesir, Indonesia, Bangladesh, Poland, Rusia, Jordan  dan Turki.

Daftar segera kerana DAULAH EDUCONSULT menawarkan bidang pengajian yang pelbagai seperti Pengajian Islam dan Sains Kesihatan.

Kemasukan adalah terhad.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here