Itali melaporkan jumlah kematian di negara itu adalah sebanyak 427 akibat COVID-19 setakat semalam.

Hal ini menjadikan jumlah keseluruhan korban di negara itu meningkat kepada 3,405 orang dan angkanya melebihi kematian di China.

Sebanyak 5,322 kes baru dilaporkan dan jumlah keseluruhan kes COVID-19 adalah sebanyak 41,035 kes.

Sepasukan Palang Merah China terbang ke Itali bagi membantu keadaan di Itali. Mereka sebelum ini dikatakan mengkritik orang Itali kerana tidak patuh akan arahan untuk menjalani kuarantin di rumah.

Malah, mereka dikatakan tidak serius dalam mendengar arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa dan menjadikan keadaan semakin teruk.

Bandar Wuhan di Wilayah Hubei, China iaitu pusat penularan wabak COVID-19 yang dilaporkan pada Disember tahun lalu kini tidak lagi mencatatkan kes baru.

BACA JUGA :   Luqman 'pukau' Kim Swee

Lanjutkan pengajian?

Sedang mencari tempat untuk melanjutkan pengajian? Daulah Educonsult menawarkan anda bermacam universiti dan bidang pengajian!

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)  

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here