Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menerima sumbangan berbentuk perubatan, peralatan serta peralatan perlindungan diri (PPE) kira-kira RM60 juta daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Menteri Kewangan: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Aziz

Menteri Kewangan turut menasihati sektor korporat untuk mengikuti teladan GLC yang menyumbang bagi memastikan negara berjaya menangani COVID-19 ini.

Beliau turut berkata kementerian telah meluluskan potongan cukai bagi sumbangan dan derma dalam bentuk tunai serta barangan kepada Tabung COVID-19 dan KKM.

Tambah beliau lagi, Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) Kedua 2020 dalam proses giat dijalankan dan sedang mengambil kira maklum balas dari pelbagai pihak yang terlibat.

Ini adalah demi memastikan kesejahteraan rakyat, kelangsungan syarikat sektor swasta dan kedayatahanan ekonomi negara dalam berdepan COVID-19.

BACA JUGA :   Tradisi Menjelang Ramadhan di Mesir

Selain itu, beberapa inisiatif yang diumumkan pada Februari lepas kini berjalan lancar.

Ia termasuk pengecualian cukai perkhidmatan perhotelan yang berkuat kuasa 1 Mac 2020. Penjadualan serta penstrukturan semula pinjaman oleh institusi kewangan peminjam-peminjam yang terjejas termasuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan B40.

Beberapa persiapan langkah-langkah utama yang dijangka berkuatkuasa pada 1 April 2020 sedang berjalan lancar.

Ia adalah termasuk langkah penangguhan bayaran ansuran bulanan cukai pendapatan bagi industri pelancongan, pengurangan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan diskaun bil elektrik.

Berdasarkan peruntukan langsung oleh kerajaan iaitu sebanyak RM3.2 bilion dibawah PRE 2020 sehingga 23 Mac 2020.

Sebanyak RM1.7 bilion telah disalurkan kepada kementerian serta agensi yang berkenaan.

BACA JUGA :   Kaherah Mesir Punya Daya Tarikan Tersendiri

Jika anda sedang mencari platform untuk melanjutkan pengajian, Deenamik mencadangkan anda untuk memlilih Daulah Educonsult sebagai platform untuk ke luar negara.

Hubungi talian hotline 0392851322 untuk info pantas atau boleh ke talian

Customer service 1 :0189624322

Customer service 2 :0182429322

Konsultan Utama    : 0132090322 (Tuan Syed)

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here