Kes pertama bagi wabak Coronavirus atau dikenali sebagai COVID-19 dilaporkan di dua negara iaitu Iraq dan Arab Saudi.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkannya menerusi agensi berita ArabNews.com dan dalam kenyataan itu, warga Arab Saudi yang dilaporkan tiba dari Iran menerusi Bahrain.

Menurut Kementerian Kesihatan lagi, wanita itu telahpun diasingkan di wad hospital dan sedang mengesan orang yang berhubung rapat dengan pesakit itu.

Arab Saudi bebas COVID-19 sebelum ini, COVID-19 yang dilaporkan telah merebak lebih 66 buah negara sejak tiga bulan lalu.

Kerajaan Arab Saudi mengumumkan penggantungan sementara kemasukan jemaah dari seluruh dunia untuk mengerjakan umrah dan ziarah pada minggu yang lalu berikutan wabak ini.

BACA JUGA :   Pisang Kaki Ternyata Banyak Khasiat Yang Tidak Diketahui Ramai

Kes COVID-19 di Iraq melibatkan seorang pelajar jurusan agama warga Iran yang memasuki Iraq sebelum larangan masuk dikuatkuasakan bagi warga Iran.

Menurut kenyataan, kes itu dikesan apabila pasukan kesihatan menjalankan tinjauan ke atas kumpulan pelajar yang berada dirumah mereka.

Jom capai impian anda untuk menyambung pengajian di luar negara! Konsultan Daulah Educonsult sedia membantu anda!

Daulah Educonsult ialah sebuah platform yang akan membantu anda menyambung pengajian dan mencapai impian anda. Misi utama Daulah Educonsult adalah untuk merealisasikan impian setiap pelajar yang ingin berjaya dalam bidang akademik. Pelbagai bidang ditawarkan di Daulah Educonsult termasuk pelbagai negara antaranya ialah Poland, Mesir, Bangladesh dan banyak lagi.

BACA JUGA :   Mesir Tawar Bidang Pengajian Pergigian

Facebook Comments

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here